Emma Maembong Makan Daging Mentah Dalam Santau Perempuan Terlarang, Netizen Terus Meremang
- Atiqah Halim

- 2 hours ago
- 1 min read

Kuala Lumpur memang kecoh bila teaser ringkas drama ini muncul di media sosial. Ayat “Aku akan mencari dan terus mencari keturunanmu” sudah cukup buat ramai berhenti skrol dan rasa tak sedap hati. Aura seram dia lain macam dan terus buat orang tertanya apa sebenarnya yang bakal berlaku.
Salah satu babak yang paling buat orang bercakap adalah apabila watak Sapora lakonan Emma Maembong dilihat meratah daging mentah. Ya, bukan gurauan. Babak itu dipercayai sebahagian daripada ritual ilmu sihir yang dilakukan demi memenuhi kehendak Iqbal, watak yang dibawa oleh Nabil Aqil. Visualnya berani, gelap dan jelas bukan untuk penonton yang mudah cuak.
Reaksi warganet pula memang on fire. Ada yang tak sabar tunggu episod seterusnya sampai tanya pukul berapa tayang. Ada juga yang mengaku sudah mula menonton episod pertama. Ramai puji keberanian produksi memaparkan elemen seram psikologi tanpa tapisan, selain teruja melihat Nabil Aqil keluar daripada zon selesa. Emma Maembong pula sekali lagi mencuri perhatian dengan transformasi watak yang lebih ekstrem dan intense, buat ramai yakin drama ini ada potensi besar jadi bualan.

Santau Perempuan Terlarang menampilkan barisan pelakon mantap termasuk Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Qeela, Azri Iskandar, Marc Sadique dan Amin Iman. Drama ini menggabungkan elemen misteri, seram psikologi dan konflik yang dekat dengan kepercayaan masyarakat. Persoalan utama yang dibawa juga berat dan mengganggu fikiran. Sejauh mana seseorang sanggup pergi dan apa harga sebenar yang perlu dibayar bila hajat mengatasi kemanusiaan.
Kalau kau rasa cerita seram selalunya jauh dari realiti, drama ini mungkin buat kau fikir dua kali. Santau Perempuan Terlarang ditayangkan sebagai Tonton Original Series setiap Isnin dan Khamis, eksklusif di Tonton.









Comments