top of page

ELITE LIVE '25: Girl Band Ikonik Kembali Gegarkan Plenary Hall KLCC pada 20 September 2025

  • kaypohmedia
  • 23 hours ago
  • 2 min read

Peminat muzik era 90-an bakal dihidangkan dengan momen penuh nostalgia apabila kumpulan wanita paling ikonik Malaysia, ELITE, kembali dengan konsert berskala besar mereka, ELITE LIVE '25 yang akan berlangsung pada 20 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre

Konsert ini merupakan hasil penganjuran Icon Entertainment yang sekali lagi mencipta sejarah selepas kejayaan mereka menerusi Konsert genKRU di Axiata Arena sebelum ini. Elite, yang dianggotai oleh Linda Rafar, Sasha Saidin, Watie Sadali, Abby Abadi dan Azza, akan kembali menggegarkan pentas buat pertama kali dalam sebuah konsert penuh istimewa, sempena ulang tahun ke-30 penubuhan kumpulan ini.

Buat peminat setia, lagu-lagu seperti Trauma, Tamparan Wanita, Manisnya Senyumanmu, Sesuatu Di Dalam Dirimu dan G.I.G pastinya membangkitkan memori zaman remaja. Kini, bukan lagi sekadar mainan di Spotify atau YouTube peminat akan dapat menyaksikan kesemua lagu itu dipersembahkan secara langsung dalam suasana penuh nostalgia.

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, konsert ini adalah hasil perancangan teliti yang mengambil kira permintaan peminat dan nilai seni kumpulan ELITE yang masih kekal relevan sehingga kini.


“Penganjuran ELITE LIVE '25 bukan sekadar konsert biasa. Ia adalah satu penghormatan kepada legasi ELITE dalam industri hiburan tanah air. Lagu-lagu mereka masih digemari pelbagai generasi dan ini masa yang tepat untuk meraikannya,” ujar beliau.

Tiket untuk ELITE LIVE '25 akan mula dijual pada Khamis, 26 Jun 2025 jam 2 petang melalui laman web www.ticket2u.com.my/elite. Empat kategori tiket ditawarkan, termasuk pakej eksklusif GIG yang menawarkan sesi Meet & Greet bersama ELITE:


  • GIG (RM1088) – Termasuk Meet & Greet dan jamuan ringan

  • MANISNYA SENYUMANMU (RM588)

  • CATWALK (RM268)

  • TAMPARAN WANITA (RM268)


Buat Elite, keputusan untuk menerima pelawaan Icon Entertainment bukan sesuatu yang mudah memandangkan semua ahli kini mempunyai kehidupan masing-masing. Namun, demi peminat dan kecintaan terhadap seni, mereka kembali.


“Keputusan ini mengambil kira tentang karya-karya yang diciptakan buat ELITE masih digemari dan kami mahu berpesta bersama peminat lama dan meraikan peminat baharu,” kata Linda Rafar mewakili kumpulan.

Jangan lepaskan peluang bersejarah ini untuk menjadi sebahagian daripada pesta nostalgia paling gempak tahun ini!


Malaysia. Ayuh, bersiap untuk bernyanyi, menari dan mengimbau kenangan bersama girl band paling ikonik negara. Jumpa anda di Plenary Hall KLCC, 20 September ini!

コメント


bottom of page