top of page

EIra Syazira & Nabila Maharani Hidupkan Legenda “Bawang Merah Bawang Putih” Dalam Single Terbaru

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 10 hours ago
  • 1 min read
ree

Dari layar drama ke dunia muzik, gandingan nama besar Malaysia dan Indonesia jadi realiti bila Eira Syazira bersatu dengan penyanyi muda sensasi, Nabila Maharani dalam single terbaru berjudul Bawang Merah Bawang Putih.


Dilancarkan serentak hari ini di semua platform streaming digital dan YouTube rasmi Trisna Music, lagu bergenre pop ini bukan sekadar kolaborasi biasa, tetapi ia bawa elemen serumpun yang makin kuat terasa di Nusantara.


ree

Di belakang tabir, sentuhan emas datang daripada Trisuaka sebagai pencipta lagu sepenuhnya, manakala Ardy Goliath pula mengolah susunan musik. Rakaman dijalankan di Studio Trisna Music, Jogjakarta yang lengkap dengan vibes Indonesia yang pekat dan jiwa Malaysia yang utuh.


Kolaborasi Rentas Sempadan

Projek ni digerakkan oleh dua syarikat hiburan serantau; ES Arjuna Management (Malaysia) dan Positif Art Entertainment (Indonesia). Ia jelas membuktikan muzik boleh jadi jambatan budaya, bukan sempadan.


Penaja Turut Bikin Hebat

Lebih power, keseluruhan projek dari penghasilan lagu sampai ke video musik, ia ditaja penuh oleh jenama penjagaan rambut Candyta. Promosi pun bukan calang-calang bila ada sokongan Batik Air, Le Méridien Putrajaya, Kaki Jersey, dan Perabot Jati Awish.


Visual Klasik, Jiwa Moden

Video Musik yang turut dirakam di Jokjakarta mengangkat kisah klasik Bawang Merah Bawang Putih. Dengan jalan cerita penuh emosi, dari penceritaan Bawang Putih sehinggalah muncul putera berkuda yang jadi penyelamat. Visual sinematik ini dijangka buat ramai penonton tersentuh.


Gabungan Eira yang sinonim dengan watak ikonik di layar kaca, bersama Nabila yang tengah naik dengan vokal segar, mungkin jadi “rempah rahsia” untuk lagu ni trending. Sekarang, tinggal nak tunggu sama ada Bawang Merah Bawang Putih akan jadi siulan serumpun!


ree

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page