top of page

Dunia Duyung Hidup Di Sunway Lagoon Menerusi Duyung Day Out with Fans

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 1 hour ago
  • 1 min read
ree

Sunway Lagoon bertukar vibe bila dunia Duyung Legenda Aurora ‘naik ke darat’ menerusi aktivasi Duyung Day Out with Fans yang berlangsung penuh warna, fun dan momen eksklusif bersama peminat.


Program santai ini menyaksikan seramai 40 peminat terpilih berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif bersama barisan pelakon Amin Suffian, Amirulhakim Lokman dan Zazzleen Zulkafli. Dari mini games sampai ke explorace Cari Duyung, semuanya direka untuk bagi pengalaman real life yang dekat dengan dunia fantasi filem ini. Gelak tawa, teamwork dan elemen adventure jadi highlight sepanjang aktiviti berlangsung.




Apa yang buat Duyung Day Out ini lain macam ialah pendekatannya yang bukan sekadar sesi meet and greet biasa. Peminat betul-betul ‘dibawa masuk’ ke dalam dunia Duyung menerusi aktiviti fizikal, cabaran ringan dan interaksi langsung dengan pelakon. Pendek kata, pengalaman yang hidup dan bukan setakat ambil gambar lepas tu balik.


Aktivasi ini secara tak langsung menunjukkan komitmen Duyung Legenda Aurora untuk connect dengan penonton dengan cara yang lebih segar dan immersive. Ia juga mengukuhkan kedudukan filem ini sebagai hiburan hujung tahun yang sesuai ditonton seisi keluarga, lengkap dengan elemen adventure, fun dan kisah fantasi yang santai tapi menghiburkan.


Kalau ini bayangan awal yang ditawarkan sebelum filem menemui penonton, jelas Duyung Legenda Aurora bukan sekadar jual cerita atas layar, tapi pengalaman yang boleh dirasai bersama.

Comments


bottom of page