top of page

DUKES Buka Luka Tersembunyi Menerusi Melangkahi Aku

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 2 days ago
  • 2 min read
ree

Band alternatif muda yang tengah naik daun, DUKES, kembali menggegar dengan single terbaru Melangkahi Aku. Karya ini bukan sekadar lagu sedih biasa, tapi satu jeritan sunyi tentang realiti hubungan toksik dari perspektif lelaki yang selalu ditenggelamkan. Single ketujuh mereka bersama Alternate ini jelas menunjukkan fasa baharu yang lebih berani, lebih raw dan lebih pedih untuk dihadam.


Dicipta sepenuhnya oleh DUKES dengan lirik oleh Syed Rayyan Razzaq serta disusun dan diterbitkan AG Coco, Melangkahi Aku menggabungkan vibe indie dengan letupan dinamik yang mengingatkan pada pengaruh The Strokes dan Hujan. Pendek kata, ini naskhah yang memadukan keremajaan, kesedihan, tenaga dan amarah dalam satu pakej yang straight to the point.


Bagi DUKES, bekerjasama dengan AG Coco ibarat membuka pintu ke dimensi baru. Mereka akui produser itu memberi kebebasan kreatif tapi tetap tegas memastikan identiti mereka tidak hanyut. Hasilnya, muzik yang lahir lebih ganas secara emosi dan lebih DUKES daripada sebelum ini.


Melangkahi Aku mengangkat kisah lelaki yang selalu dipersalahkan walaupun dialah yang sebenarnya patah di dalam. Setiap kali dia cuba bersuara, pasangannya bertindak seolah-olah dialah mangsa. DUKES merakam rasa terperangkap itu dalam korus yang menyiat hati, ‘Aku takut dengan cara dia yang melangkahi aku,’ satu pengakuan terus terang tentang cinta yang berat sebelah dan manipulasi yang menjerut perlahan.


Menurut DUKES, lagu ini wajar diberi ruang kerana ramai pernah terjebak dalam hubungan seperti ini tapi tak tahu macam mana nak meluahkan. Mereka anggap karya ini sebagai suara kecil mewakili jiwa yang penat bertahan. Pendengar bukan saja dapat menikmati muziknya, tapi juga rasa yang dibongkar tanpa tapis.


Dengan produksi padu, vokal energetik dan naratif yang kena tepat dengan realiti hubungan moden, Melangkahi Aku dijangka jadi antara karya paling emosional dan bermakna dalam katalog DUKES setakat ini.


Single ini sudah pun tersedia di semua platform penstriman digital termasuk YouTube Music dan Spotify. Untuk perkembangan terbaru daripada Alternate Records and Talents, ikuti Facebook rasmi serta akaun Instagram @alternate.my_ dan TikTok @alternate.rt_.


Comments


bottom of page