Dua Legenda Bersatu! Radja & Wali Bakal Gegarkan Malaysia Dalam Konsert “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” 2026
- N

- 2 minutes ago
- 2 min read

Radja dan Wali Band bakal bersatu dalam satu konsert megah yang dijangka menjadi antara acara muzik paling dinanti tahun depan.Konsert yang diberi nama “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” ini akan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Nama “RadjaWali” sendiri cukup simbolik, gabungan dua kuasa besar muzik Nusantara yang telah lama menambat hati jutaan peminat di Malaysia.
Konsert ini menjanjikan malam penuh emosi, tenaga, dan kenangan dengan barisan lagu yang telah menjadi sebahagian daripada memori ramai.
Bagi peminat Radja, bersedialah untuk menyanyi bersama lagu-lagu ikonik seperti Jujur, Tulus, Bulan, dan Cinderella.
Manakala untuk “Para Wali”, kumpulan Wali Band bakal menggamatkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka seperti Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang, Yunk, Doaku Untukmu Sayang, dan Tomat (Tobat Maksiat).
Ditubuhkan pada tahun 2001 di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, kumpulan Radja dianggotai oleh Ian Kasela (vokal), Moldy (gitar utama), Indra Riwayat (bass) dan Seno Aji Wibowo (dram).

Dikenali dengan genre pop rock dan rock melayu moden, Radja meluahkan rasa teruja mereka untuk kembali ke pentas Malaysia.
“Malaysia selalu dekat di hati kami dan kami tidak pernah melupakan peminat di sini. Ia satu impian menjadi kenyataan bila kami dijemput beraksi semula. Kami janji akan berikan persembahan terbaik,”ujar Radja penuh semangat.
Kumpulan Wali pula yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Ciputat, Tangerang Selatan, dianggotai oleh Faank (vokalis utama), Apoy (gitar & komposer), Ovie (keyboard) dan Tommy (dram).

Membawa genre pop, pop rock, pop religi dan pop melayu, Wali kekal sebagai antara kumpulan paling digemari di rantau ini.
“Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami sentiasa rindukan peminat di sini, sambutan mesra mereka, dan juadah enak Malaysia. Untuk konsert kali ini, kami tampil dengan sesuatu yang berbeza,”kongsi Wali penuh teruja.
Konsert ini dianjurkan oleh Impian Al Fateh Sdn. Bhd. dan GIS Entertainment & Events, dengan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai penganjur bersama.
Tiket kini boleh dibeli menerusi Fantopia.io dan juga dengan lebih mudah melalui ShopeePay.
Kategori Tiket & Harga:

Gabungan Radja dan Wali di bawah satu pentas bukan sekadar konsert — ia adalah pertemuan dua era muzik Nusantara yang pernah mencorak landskap pop Melayu moden.
Bagi peminat setia kedua-dua kumpulan, 10 Januari 2026 bakal menjadi malam yang sukar dilupakan.Pastikan anda dapatkan tiket sekarang sebelum kehabisan!









Comments