Dr. Martens Perkenal Zebzag Boots Baharu: Gabungan Gaya Ikonik & Keselesaan Maksima
- N
- 14 hours ago
- 2 min read
Jenama kasut lagenda Dr. Martens sekali lagi membuktikan mereka bukan sekadar simbol gaya, tetapi juga sinonim dengan keselesaan. Selepas kejayaan Zebzag Mules yang jadi viral musim panas lalu, kini tapak Zebzag kembali dengan dua siluet baharu yang boleh digayakan sepanjang tahun.

Tapak Zebzag direka khas untuk kehidupan moden menggabungkan kusyen lembut, midsole EVA ringan, serta tapak PVC tahan lasak. Bukan sekadar nampak rugged, tetapi cukup ergonomik dan selesa untuk pemakaian harian.
Ciri-ciri DNA Dr. Martens tetap dikekalkan seperti:
Jahitan welt kuning ikonik ✨
Tapak lebih lebar dengan corak berlekuk
SoftWair insoles untuk keselesaan menyeluruh
Koleksi kali ini memperkenalkan dua rekaan baharu yang bakal menjadi pilihan peminat Dr. Martens. Pertama, Zebzag Laceless Boot yang diinspirasikan daripada but 1460 ikonik, tetapi diberi sentuhan lebih santai. Seperti namanya, but ini adalah slip-on yang mengekalkan estetik but bertali klasik, dibalut dengan kulit Wyoming hitam yang lembut, serta dilengkapi dengan heel loop hitam dan kuning berjenama Dr. Martens.
Selain itu, Dr. Martens turut melancarkan Zebzag Rigger Boot yang direka sedikit lebih rendah pada buku lali. Inspirasi asalnya diambil daripada siluet industri, namun diolah semula untuk memberikan keselesaan santai seperti berada di rumah. But slip-on ini hadir dengan dwi penarik (dual pull-tabs) serta perincian jahitan Puritan stitch yang kemas. Lebih menarik, Rigger Boot boleh didapati dalam pilihan kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air dengan pelbagai warna untuk gaya berbeza.
Bagi yang sudah tidak sabar untuk menambah koleksi Dr. Martens, kedua-dua rekaan baharu iaitu Zebzag Laceless dan Zebzag Rigger Boots akan mula dipasarkan di seluruh dunia bermula September 2025. Tapak Zebzag juga akan terus dikembangkan dalam koleksi Dr. Martens Autumn/Winter 2025 (AW25) yang lain.
Ringkasnya, Dr. Martens Zebzag Boots bukan sekadar footwear, tapi statement gaya untuk mereka yang mahukan ikonik + keselesaan dalam satu langkah. Sama ada anda pencinta streetwear, rocker moden atau sekadar nak tampak chill dengan OOTD harian, koleksi ini wajib masuk wishlist!
Comments