DORM 403: Drama Sekolah Asrama Penuh Misteri
- Tasnim Ahmad
- Apr 9
- 2 min read
Kalau korang ingat kehidupan sekolah berasrama penuh cuma pasal prep malam, senior-junior dan cinta monyet, DORM 403 datang untuk ubah perspektif tu terus. Drama ni bawa kita masuk ke dunia remaja yang nampak biasa di luar, tapi sebenarnya penuh rahsia gelap dan tekanan emosi yang tak semua orang nampak.

Bermula 15 April 2026, drama ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3, dan boleh distrim di iQIYI sejam selepas siaran TV.
Apa yang buat DORM 403 lain daripada drama remaja biasa? Ceritanya bermula di sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Seri Alami, yang tiba-tiba digemparkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar, Sheikh. Lagi menarik, Sheikh bukan pelajar biasa tapi dia anak kepada pengetua sekolah sendiri.
Dari situ, cerita mula jadi makin tegang. Apa yang awalnya nampak macam kisah remaja tipikal persahabatan, konflik kecil, cinta-cinta sekolah tapi perlahan-lahan bertukar jadi sesuatu yang lebih gelap. Rahsia lama mula terbongkar satu per satu.
Antara watak yang paling mencuri perhatian mestilah Kuyu, atau nama sebenarnya Fuza, yang dilakonkan oleh Muaz Zabir. Dia ni ketua kumpulan pelajar yang digeruni, The Palang. Jenis tak banyak cakap, tapi sekali pandang pun dah cukup buat orang kecut perut.
Menariknya, Kuyu bukan sekadar watak “budak jahat”. Dia sebenarnya datang dengan baggage emosi yang berat, trauma silam, konflik keluarga, dan cara dia ‘protect diri’ adalah dengan buat orang lain takut. Real, dan agak dekat dengan realiti sesetengah remaja hari ini.
Barisan pelakon lain pun bukan calang-calang. Zairi Aziz, Dynas Mokhtar, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki dan Puteri Aleeya, semua bawa watak dengan emosi yang intense dan layered.
Apa yang Kaypoh suka, DORM 403 bukan sekadar drama misteri kehilangan. Ia juga sentuh isu yang lebih dalam iaitu tekanan untuk ‘fit in’, budaya toksik dalam kalangan remaja, dan macam mana luka emosi boleh bentuk siapa kita hari ini.
Kadang-kadang, benda yang paling bahaya bukan hantu… tapi manusia sendiri.
Kalau korang tengah cari drama tempatan yang ada vibe saspens, emosi dan realiti kehidupan remaja, DORM 403 memang boleh masuk dalam watchlist. Tapi bersedia la sebab cerita dia bukan jenis ringan-ringan.



Comments