Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih: Filem Cinta Penuh Luka & Harapan
- N
- 18 hours ago
- 2 min read
Pengarah terkenal Indonesia, Benni Setiawan, kembali dengan sebuah karya terbaharu berjudul Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih selepas kejayaan besarnya melalui siri fenomena Layangan Putus. Filem bergenre drama romantis ini bakal menemui penonton Malaysia bermula 2 Oktober 2025 di pawagam seluruh negara.

Filem terbitan Soex Entertainment dan diedarkan oleh Horizon Film Entertainment ini menampilkan kisah cinta, konflik rumah tangga serta isu “cina buta” topik yang cukup dekat dengan realiti masyarakat.
Ditulis oleh penulis skrip prolifik Garin Nugroho (Opera Jawa, Samsara), filem ini mengangkat dilema rumah tangga pasangan Alfa (Mikha Tambayong) dan Darian (Kevin Ardilova).

Selepas berlakunya talak tiga, Darian dan Alfa berdepan halangan besar untuk kembali bersama. Menurut syarat agama, Alfa perlu menikah dengan lelaki lain terlebih dahulu sebelum mereka boleh rujuk.
Di sinilah muncul sosok Zainun (Ibrahim Risyad), seorang lelaki yang bukan sahaja tampan tetapi juga berilmu agama dan penyayang. Dia sanggup menikahi Alfa demi memenuhi syarat itu. Namun, pernikahan ini membuka babak baru yang penuh konflik.
Darian mula dihantui rasa cemburu dan tidak mampu melepaskan Alfa. Keadaan semakin rumit apabila Darian sering mencampuri urusan rumah tangga Alfa dan Zainun.
Dalam masa yang sama, Darian berkenalan dengan Intan (Tissa Biani), seorang gadis cantik pemilik kedai botol kaca antik. Intan memberi sinar baharu dalam hidup Darian, sekaligus mewujudkan persoalan besar – adakah Darian benar-benar mahu merebut kembali Alfa, atau memilih cinta baharu bersama Intan?

Filem ini menampilkan barisan pelakon muda berbakat besar:
Kevin Ardilova sebagai Darian (Autobiography, Laura)
Mikha Tambayong sebagai Alfa (Sewu Dino, Nada Cinta)
Tissa Biani sebagai Intan (KKN di Desa Penari, Norma: Antara Mertua dan Menantu)
Ibrahim Risyad sebagai Zainun (Sijjin, Pemandi Jenazah)
Gabungan keempat-empat pelakon ini dijangka membawa emosi dan intensiti watak dengan penuh meyakinkan. Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih bakal menemui penonton 2 Oktober 2025 di pawagam seluruh Malaysia.
Filem ini bukan sekadar drama percintaan, tetapi juga cerminan realiti yang berlaku dalam masyarakat.
Jadi, adakah anda akan pilih Alfa kembali bersama cinta lamanya Darian, atau meneruskan hidup dengan Zainun yang menawarkan harapan baharu?
Comments