top of page

“Die On This Hill” SIENNA SPIRO: Lagu Trending & Jadi Fenomena Di Malaysia

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 4 hours ago
  • 2 min read

Malaysia sekali lagi tunjuk power dalam dunia muzik global apabila single “Die On This Hill” nyanyian SIENNA SPIRO berjaya cecah No. 1 Carta Harian Spotify Top 50 Malaysia dan trending di YouTube. Fenomena ni bukan setakat sebab lagu tu catchy, tapi juga sebab gelombang sokongan dari pendengar tempatan yang luar biasa, termasuk artis-artis Malaysia yang hasilkan cover tular di media sosial.


Sehingga kini, lagu balada ni dah kumpul lebih 173 juta strim global, naik carta Spotify #12 di Amerika Syarikat, dan dapat tempat #1 di playlist Today’s Top Hits. “Die On This Hill” juga muncul dalam carta di 28 pasaran global, dengan Top 50 di 20 negara. Pencapaian lain termasuk #9 di Carta Single UK, #15 di Apple Music Global dan AS, serta berada di Billboard Hot 100 pada kedudukan #54.



Fenomena ni makin hangat bila artis tempatan macam Ernie Zakri, Diana Danielle, Syamel dan creator lain muat naik cover masing-masing di TikTok dan YouTube. Kumpulan kandungan berkaitan lagu ni di Malaysia dah capai lebih 220 juta tontonan di TikTok, buat “Die On This Hill” antara topik muzik paling panas negara sekarang. SIENNA sendiri tak ketinggalan, dia tinggalkan komen pujian “Love this” di video cover Ernie Zakri dan Syamel.


Apa yang buat lagu ni special? Gabungan vokal memukau, emosi mendalam, dan karisma luar biasa SIENNA Spiro. Tak sangka penyanyi-penulis lagu UK ni baru 20 tahun. Keaslian dan kekuatan persembahannya bukan sahaja tarik audiens global melalui lagu-lagu soulful, malah cetus gelombang sokongan di Malaysia, dengan artis tempatan lain hasilkan cover termasuk Nuha Bahrin, Elica Paujin dan Julia Duclos.



SIENNA mulakan 2026 dengan kerjaya melonjak bila buat persembahan di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, versi “Die On This Hill” dapat standing ovation dari penonton dan pujian hos rancangan. Beliau juga muncul di Later… with Jools Holland dan The Today Show, serta buka persembahan untuk residensi bersejarah Sam Smith “To Be Free: New York City” enam malam akhir 2025.


Menjelang akhir 2025, SIENNA tunjuk dia memang bintang besar, hiasi kulit Notion Magazine, dapat pujian dari Rolling Stone, Wonderland, Dazed, buat persembahan “Dream Police” di COLORSxSTUDIOS, dan terlibat dalam kempen Gap “Give Your Gift” dengan lagu interpretasi penuh jiwa “The Climb” nyanyian Miley Cyrus.


Malaysia jelas bukan setakat tengok dari jauh fenomena global ni, tapi terus sokong, cover, dan viralkan lagu SIENNA, buktikan muzik memang tak kenal sempadan.

Comments


bottom of page