Dayang Nurfaizah Janjikan Persembahan Penuh Magis & Inspirasi di Dua Lokasi Ikonik!
- kaypohmedia
- 9 minutes ago
- 1 min read
Peminat Dayang Nurfaizah, bersiap sedia! Penyanyi bersuara emas ini bakal membawa kelainan menerusi konsert istimewa #JanjiWithDayang yang menjanjikan pengalaman penuh magis dan inspirasi.

Dengan latar lokasi yang cukup memukau, dua tarikh utama telah diumumkan:
23 Ogos 2025 – Top View, Komtar, Pulau Pinang
27 September 2025 – KL Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur
Dayang tidak hanya tampil dengan vokal hebat, tetapi turut menjanjikan pengalaman persembahan yang menyentuh jiwa, berlatar pemandangan menakjubkan dari dua mercu tanda ikonik negara.
Para peminat diminta bersedia kerana pengumuman penjualan tiket akan dibuat dalam masa terdekat. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik istimewa bersama Dayang Nurfaizah.
Nantikan magisnya…#JanjiWithDayang
コメント