top of page

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda Satukan Jiwa Dalam "Menamakanmu Cinta"

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Dunia muzik serantau bakal digegarkan dengan kerjasama yang cukup dinanti-nantikan! Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti, penyanyi nombor satu negara, mengumumkan pelancaran single terbaharunya bersama pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda, berjudul “Menamakanmu Cinta” pada 18 Julai ini!


Pengumuman ini dibuat menerusi teaser yang dimuat naik oleh Instagram @ctdk



“Menamakanmu Cinta” dipercayai akan menampilkan sisi balada emosional yang sering menjadi kekuatan Siti, digabungkan dengan sentuhan magis ciptaan Ade Govinda yang juga terkenal dengan lagu-lagu cinta dan galau di Indonesia.


Kolaborasi ini bukan sahaja menjanjikan karya berkualiti tinggi, malah turut mencerminkan hubungan erat industri muzik Malaysia-Indonesia yang semakin kukuh.


Pastikan anda bersedia untuk menikmati karya terbaharu pada hari Jumaat ini. “Menamakanmu Cinta” bakal menjadi siulan terbaharu di hati peminat muzik Nusantara!


Comments


bottom of page