top of page

Dari Novel ke Layar Lebar, “Lyora” Bongkar Realiti Yang Jarang Dibicarakan

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 26 minutes ago
  • 1 min read
ree

Kalau korang tengah cari filem yang penuh emosi, Lyora: Penantian Buah Hati mungkin akan buat hati korang terusik.


Adaptasi daripada novel Lyora: Keajaiban Yang Dinantikan karya Fenty Effendy ni bukan sekadar drama keluarga, tapi kisah benar tentang pasangan suami isteri yang berjuang keras untuk dapatkan zuriat.


Dibintangi oleh Marsha Timothy sebagai Meutya dan Darius Sinathya sebagai Fajri, filem arahan Pritagita Arianegara ini menyelami realiti IVF, keguguran berulang, rasa kehilangan dan yang paling penting, harapan. Marsha sendiri akui watak Meutya buat dia lebih memahami beratnya perjalanan seseorang wanita digelar “pejuang garis dua.”


“Watak Meutya ni seakan jadi suara untuk ramai wanita yang masih berjuang diam-diam. Ini bukan sekadar cerita cinta, tapi semangat juang untuk tak berhenti berharap,” kata Marsha.


Darius pula tekankan, isu ini bukan beban isteri seorang.


“Perjuangan menanti anak adalah perjalanan bersama. Filem ini tunjukkan pentingnya peranan suami, bukan sekadar sokongan dari tepi,” katanya.


Lyora turut dibintangi Widyawati, Aimee Saras, Olga Lydia, Hannah Al Rashid, Ariyo Wahab dan Ivanka Suwandi. Lebih dari sekadar hiburan, filem ini sebenarnya buka ruang diskusi tentang realiti yang jarang dibicarakan.


Sutradara Pritagita sendiri mengaku, karya ni sangat personal:


“Saya tahu rasanya menunggu, mencuba, gagal. Melalui filem ini, saya mahu peluk semua yang sedang berjuang dan ingatkan mereka, you’re not alone.”


Filem ini dah ditayangkan di Indonesia pada Ogos lalu, dan mulai 18 September 2025, korang  boleh saksikan sendiri di pawagam seluruh Malaysia.


Jadi siapa yang berani sediakan tisu, boleh ready dari sekarang sebab Lyora: Penantian Buah Hati bukanlah sekadar drama kosong.


Comments


bottom of page