Dari Dilli ke Dali – Bila Filem Tamil Dapat Nafas Malaysia
- Atiqah Halim

- 4 days ago
- 2 min read

Bila filem Tamil Kaithi muncul semula dalam versi Melayu, memang tak pelik kalau seluruh timeline penuh dengan jeritan fans. Filem terbaru bertajuk Banduan bukan sekadar remake biasa, tapi projek besar yang buktikan industri filem Malaysia pun mampu beri nafas segar pada karya antarabangsa.
Dari Dilli ke Dali

Kaithi arahan Lokesh Kanagaraj dulu memang meletup habis. Dibintangi Karthi sebagai banduan bernama Dilli, filem tu dikenang sebab gabungan aksi realistik, emosi berat dan jalan cerita yang tak cliché. Tapi kali ni, versi Malaysia tampil dengan wajah baharu; Aaron Aziz sebagai Dali, watak adaptasi kepada Dilli, di bawah arahan Kroll Azry.
Dengan Sam CS (komposer asal Kaithi) kekal hasilkan skor muzik untuk Banduan, aura tegang dan intens filem tu masih kekal, cuma dibalut dalam vibe Malaysia. Dari loghat tempatan, suasana lokap sampai babak aksi yang diubah ikut konteks negara, ramai penonton puji Banduan sebab tak nampak “try hard”. Ia rasa natural, tapi tetap ranggi.
Karthi Datang, Malaysia Bergempita

Kehadiran Karthi sendiri ke Malaysia untuk promosi Banduan terus mencetus gila-gila. Di acara “Dilli Meets Dali”, peminat menjerit sampai trending di TikTok. Ada yang sanggup beratur berjam semata nak tengok Karthi depan mata. Media India pun sempat lapor bagaimana “Karthi Mania” menular sampai ke Kuala Lumpur dan fandom dua negara tiba-tiba bersatu.
Netizen kata, Banduan bagi “closure” yang manis untuk peminat Kaithi, sementara yang tak pernah tengok versi asal pun rasa puas sebab plotnya padat dan berani.
REMAKE YANG BERJAYA ATAU PERMULAAN TREND BARU?
Banduan bukan sekadar percubaan buat semula filem Tamil dalam bahasa Melayu. Ia sebenarnya langkah berani Malaysia untuk buka pintu kerjasama dua industri besar; Kollywood dan filem tempatan. Kalau filem ni berjaya di pawagam, tak mustahil lebih banyak remake rasmi akan muncul lepas ni.
Dan jangan terkejut kalau hype ni juga jadi “booster” untuk Kaithi 2, sebab pengarah Lokesh Kanagaraj baru-baru ni sahkan sekuelnya masih dalam proses. Momentum dari Malaysia jelas bantu hidupkan semula semangat fan global.
Kita semua tahu remake selalunya dapat reaksi campur, ada yang kata versi asal tetap terbaik, ada yang rasa adaptasi ni lebih relatable. Tapi Banduan tunjuk yang bila dibuat dengan betul, remake boleh jadi jambatan budaya yang tiada tandingan.
Soalan besar sekarang: kalau Banduan boleh cipta moment begini, filem Tamil atau Bollywood mana pula patut dapat versi Malaysia lepas ni?
Tak kisah korang #TeamKaithi atau #TeamBanduan, satu benda yang jelas, crossover ni sejarah. Dan kalau korang belum tengok, baik cepat beli tiket sebelum spoiler bersepah kat FYP!









Comments