top of page

Daft Punk Live Malaysia 2026: Pengalaman Elektronik Paling Rare di PJ

  • Writer: N
    N
  • 7 hours ago
  • 2 min read

Kalau anda peminat muzik elektronik, ini memang berita yang susah nak ignore, Daft Punk Live Malaysia 2026 bakal jadi salah satu event paling hype tahun ini. Untuk satu malam sahaja, JioSpace di Petaling Jaya akan bertukar jadi dunia futuristik yang diinspirasikan oleh duo legenda Daft Punk.


Bukan sekadar konsert biasa, event ini digambarkan sebagai pengalaman imersif penuh visual, lampu dan sound yang bawa vibe festival global terus ke Malaysia. Senang cerita ini jenis show yang buat anda rasa macam masuk dimensi lain.

Apa yang buat event ini menarik, ia cuba ‘hidupkan’ semula era muzik dance yang pernah define satu generasi. Dari beat ikonik sampai ke suasana clubbing yang penuh tenaga, semuanya akan dipadatkan dalam satu malam. Kalau anda pernah ulang lagu macam One More Time, Get Lucky atau Harder Better Faster Stronger, memang susah nak resist.


Lebih menarik, show ini bukan sekadar play lagu. Ia akan hadir dengan set live selama dua jam, lengkap dengan DJ jemputan dan produksi visual yang immersive. Bayangkan gabungan muzik elektronik dengan lighting futuristik memang aesthetic habis untuk content sosial media.


Event ini juga boleh jadi peluang untuk generasi baru kenal kenapa Daft Punk pernah dianggap antara artis paling berpengaruh dalam dunia muzik elektronik. Dan untuk peminat lama, ini macam throwback besar-besaran ke zaman kegemilangan EDM.

Dari segi tarikh, event ini akan berlangsung pada 11 Julai 2026 di JioSpace, PJ. Tiket pula akan dijual secara berperingkat bermula hujung April hingga awal Mei, dan seperti biasa event macam ni biasanya cepat sold out.


Akhir kata, kalau anda jenis yang suka pengalaman muzik yang lain daripada yang lain, ini memang event yang patut masuk wishlist. Malaysia jarang dapat show elektronik berskala macam ni jadi mungkin ini masa untuk all out dan rasai sendiri hype yang selama ini kita tengok dekat festival luar negara.

Comments


bottom of page