top of page

Converse Malaysia Sambut Kelas '26

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 20 hours ago
  • 2 min read
ree

Kreativiti bukan sekadar trend, tapi movement. Converse Malaysia baru-baru ni secara rasminya memperkenalkan All Star Kelas ’26, kumpulan kreatif baharu yang bakal bawa vibe segar ke dalam dunia seni, muzik, fesyen dan skate lokal.


Acara santai tapi sarat inspirasi ni jadi ruang pertemuan pertama antara pencipta muda, mentor, dan komuniti All Star Semuanya dengan satu misi: beri platform sebenar untuk suara baru bersinar.


“Program Converse All Star diwujudkan untuk memperkasakan pencipta baharu dengan akses kepada pembelajaran, kerjasama, dan peluang menghasilkan karya yang berkualiti,” kata wakil rasmi Converse Malaysia.

Kelas kali ni himpunkan nama-nama berbakat besar dari pelbagai cabang kreatif, dari ilustrasi ke muzik, filem, fesyen sampai skate culture. Setiap peserta bukan sekadar diajar, tapi dibimbing untuk menjadi cerita sebenar di sebalik karya mereka sendiri.



Sesi orientasi All Star turut dimeriahkan dengan dua figura hebat:

  • Jayee a.k.a. MonKiddo, ilustrator dan pengarah seni yang dikenali dengan karakter imaginatif dan sindiran budaya kerja harian.

  • Dr. Kamal Sabran, otak di sebalik Space Gambus Experiment, yang gabungkan bunyi tradisional Malaysia dengan elemen elektronik.


Converse turut meraikan budaya komuniti dengan tayangan eksklusif Love Chuck Skate Tour, video yang merakamkan perjalanan skateboarding di Malaysia dan Singapura, menunjukkan spot tersembunyi dan kisah komuniti sebenar di sebalik setiap ‘ollie’ dan ‘kickflip’.


Selepas tayangan, suasana jadi makin hangat dengan persembahan live Space Gambus Experiment, membawa fusion antara bunyi tempatan dan elektronik moden. Malam diteruskan oleh The ExAct, yang menutup acara dengan set muzik alternatif bertenaga, betul-betul “All Star” vibe.


“Converse percaya bahawa kreativiti berkembang melalui komuniti. Dengan menghubungkan All Star kepada mentor, rakan seangkatan dan projek sebenar, kami membantu mereka menemui suara dan audiens mereka,” tambah wakil rasmi Converse Malaysia.

ree

Converse All Star bukan sekadar label, ia juga merupakan movement global yang menyokong pencipta muda seluruh dunia. Dari bengkel, mentoring, ke peluang kolaborasi, program ni bantu anak muda asah bakat, bina connection, dan hasilkan karya yang ada jiwa.


Dengan nilai inklusiviti dan kesejahteraan pencipta sebagai teras, Converse All Star terus jadi tempat di mana idea luar kotak boleh menjadi kenyataan, tanpa kompromi pada keaslian dan identiti.


Comments


bottom of page