top of page

Chen Tunaikan Janji di Zepp KL, Peminat Terbuai Emosi

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Mar 31
  • 2 min read

Konsert Chen EXO di Zepp Kuala Lumpur bukan sekadar comeback biasa, ini memang malam yang penuh rasa. Selepas hampir dua tahun tak tampil di Malaysia, Kim Jong-dae atau lebih dikenali sebagai Chen akhirnya kembali dan terus “balas rindu” peminat dengan persembahan yang intimate tapi powerful.


Sejurus dia melangkah ke pentas, suasana terus meletup. Sorakan peminat bergema satu dewan, jelas menunjukkan betapa kehadirannya kali ini memang ditunggu-tunggu sejak kali terakhir dia perform di sini pada 2024.


Menariknya, crowd malam tu pun ada vibe tersendiri. Ramai peminat tampil dengan outfit rona merah jambu, selari dengan tema konsert. Dalam masa sama, ada juga yang anggun berbaju kurung sempena Syawal. Rare sikit, K-pop jumpa budaya lokal, memang feel dia lain macam.


Chen buka pentas dengan lagu “No Gravity” sebelum terus memanaskan suasana dengan “Fall in Love Again”. Dari situ, momentum terus naik dan tak pernah turun. Setiap lagu disambut dengan jeritan dan singalong daripada peminat.


“Dalam jelajah Arcadia ni, saya pergi banyak tempat… tapi setiap kali dengar sorakan macam ni, saya rasa sangat dihargai,” katanya kepada penonton, sambil menaikkan lagi hype malam tersebut.


Apa yang buat peminat lagi puas hati, Chen tunaikan janji dia iaitu perform dengan live band. Bila masuk lagu “I Don’t Even Mind”, memang jelas beza dia. Lebih hidup, lebih raw, dan lebih sampai ke jiwa.


Sepanjang hampir dua jam, vokal Chen memang tak main-main. Lagu-lagu balada seperti “Deja-Vu”, “Arcadia”, “Best Luck” dan “Photograph” jadi highlight, buat ramai yang hanyut dalam emosi masing-masing. Ada yang diam layan feeling, ada yang jerit tak henti.


Dewan pula dipenuhi dengan lautan EXO lightstick, tambah lagi magis malam tu. Lagi best, Chen sempat turun padang dan hulur mikrofon kepada beberapa peminat untuk nyanyi sama-sama. Moment macam ni lah yang buat konsert jadi lebih personal.


Sempat juga dia bergurau, katanya mungkin hilang suara lepas nyanyi hampir 20 lagu malam tu. Tapi bagi dia, semua tu berbaloi.


“Walaupun saya hilang suara esok, saya tak kisah. Saya seronok sangat malam ni,” katanya, disambut sorakan gemuruh.

Konsert ini juga jadi destinasi terakhir untuk jelajah Arcadia, jadi tak hairanlah kalau emosi dia lebih terasa, baik dari pihak Chen sendiri mahupun peminat.


Pendek kata, ini bukan sekadar konsert. Ini momen. Dan untuk EXO-L Malaysia, malam di Zepp KL ni memang antara yang susah nak lupa.

Comments


bottom of page