Ceddy Lancar “Asal Ada Kamu”, Lagu Retro 80-an
- Tasnim Ahmad
- 3 hours ago
- 2 min read
Kalau sebut lagu cinta, ramai bayangkan inspirasi daripada pasangan. Tapi lain pula cerita Ceddy. Lagu baharu “Asal Ada Kamu” tercetus daripada… kucing sendiri. Ya, betul seekor kucing jadi pencetus idea untuk karya yang kini mula jadi bualan peminat muzik tempatan.

Ceddy Ang, yang semakin aktif dalam dunia muzik, tampil dengan single kedua yang jauh berbeza daripada lagu pengenalannya sebelum ini. Kali ini, dia bawa vibe lebih rancak dengan sentuhan retro 80-an yang mudah ‘melekat’ di telinga.
Apa yang buat lagu ini menarik, bukan sekadar bunyi nostalgic, tapi mesejnya. “Asal Ada Kamu” bukan hanya tentang cinta romantik. Ia lebih luas tentang siapa sahaja yang penting dalam hidup kita. Pasangan, kawan baik, malah haiwan peliharaan pun termasuk.
Idea lagu ini datang daripada momen yang agak ‘random’. Ceddy berkongsi, dia pernah ‘berbalas tenungan’ dengan kucing kesayangannya, Angel. Dari situ, timbul rasa ingin tahu tentang hubungan yang mendalam dan akhirnya lahir sebuah lagu.
Menariknya, lagu ini mendapat sentuhan dua nama besar dalam industri muzik tempatan, Bo Amir dan MimiFly. Gabungan mereka berjaya hasilkan bunyi pop-synth moden dengan elemen klasik 80-an, lengkap dengan bassline groovy dan lapisan synthesizer yang lembut.
Proses pembikinan pun bukan biasa-biasa. Lirik lagu ini siap dalam masa kira-kira 20 minit sahaja. Menurut Ceddy, keserasian antara mereka sangat ‘ngam’, sampai ada momen spontan yang dimasukkan sekali dalam muzik video.
Bercakap tentang muzik video pula, ia bukan sekadar visual biasa. MV “Asal Ada Kamu” diinspirasikan daripada filem dan karakter ikonik zaman kanak-kanak. Ceddy tampil dengan gaya 80-an hasil sentuhan pereka fesyen Melinda Looi, lengkap dengan kemunculan kucing popular, King Oyen.
Secara keseluruhan, “Asal Ada Kamu” memang ada potensi jadi lagu ‘feel good’ untuk ramai. Senang hadam, catchy, dan ada emosi yang relatable tak kira siapa pun ‘kamu’ dalam hidup kita.

Dalam dunia yang serba laju sekarang, kadang-kadang mesej paling simple macam “aku ada kamu” tu lah yang paling kena.



Comments