top of page

Cat Fashion Week 2025: Pertandingan Fesyen Kucing Pertama di TV3 Bakal Umumkan ‘Meow-del’ Terunggul!

  • kaypohmedia
  • 1 day ago
  • 2 min read

Debaran semakin terasa apabila Cat Fashion Week, pertandingan fesyen kucing pertama di televisyen tempatan, menghampiri kemuncak. Selepas memikat hati penonton melalui segmen khas di program Nona dan kapsul eksklusif berdurasi 10 minit, pentas akhir bakal bersiaran pada Ahad, 17 Ogos 2025, jam 9.00 malam di TV3.


ree

Cat Fashion Week bukan sekadar pertandingan fesyen biasa. Ia adalah pentas yang meraikan kasih sayang antara pemilik dan si bulus, diserikan dengan kreativiti kostum, aksesori unik, serta gimik persembahan yang mencuit hati. Setiap ‘meow-del’ membawa konsep tersendiri – daripada gaya santai, berani, hinggalah tema klasik penuh glamor.


Pada malam kemuncak, penonton akan disajikan dengan pelbagai tema mempesona seperti busana puteri, juruterbang, pemandu litar, dan aura eksotik Mesir Purba. Persembahan ‘catwalk’ ikonik ini diiringi muzik, paparan LED, dan sorakan penonton, menjadikan suasana bak pentas fesyen antarabangsa.

Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3:

“Ramai yang terhibur dengan konsep segar, unik serta sarat elemen kekeluargaan. Program ini bukan sahaja menghiburkan, malah meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga haiwan peliharaan.”

Pentas akhir akan dinilai oleh Mark Adam dan Shiha Zikir (selebriti & pemilik kucing), Mohd Jeffrey (pakar dandanan kucing MJMA Academy), serta Rizman Nordin (pereka fesyen ternama). Penilaian meliputi fesyen, kreativiti, persembahan, penjagaan kucing, dan keserasian pemilik dengan si bulus.


Selain fesyen, malam kemuncak turut dimeriahkan dengan persembahan Sophia Liana dan Shiha Zikir. Penonton di lokasi juga berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti adopsi kucing, face painting, dan DIY keychain.


Hadiah & Pengiktirafan

  • Juara – RM5,000

  • Naib Juara – RM3,000

  • Tempat Ketiga – RM2,000

  • Tempat Ke-4 hingga Ke-8 – RM1,000 setiap seorang

  • Anugerah FELIX – Si Bulus Paling Memikat berdasarkan undian penonton.


Senarai 8 Finalis Cat Fashion Week

  1. Nurul Izzah & Omey (Siberian)

  2. Nurul Awwal & Chibbu (Domestic Long Hair)

  3. Nurmayani & Kristoff (Ragdoll)

  4. Siti Rohani & Goyem (Domestic Long Hair)

  5. Farahin Zakaria & Juny (Persian)

  6. Zakry Shazryl & Winter Notty (Munchkin)

  7. Anis Halyatie & Evian Evan (Ragdoll)

  8. Siti Khadijah & Mocha (Domestic Long Hair)


Cat Fashion Week 2025 dibawakan oleh PURINA FELIX, bersama rakan radio rasmi Hot FM dan rakan digital rasmi SAYS. Pastikan anda menyaksikan malam penuh pawsome ini untuk mengetahui siapakah ‘meow-del’ terunggul tahun ini. Tayangan Akhir: Ahad, 17 Ogos 2025, 9.00 malam.

Yorumlar


bottom of page