Cat Fashion Week 2025 Cetus Fenomena!
- Nurul Safiah
- Jul 21
- 2 min read

Fenomena fesyen paling comel tahun ini kembali memukau penonton apabila TV3 dengan bangganya mempersembahkan Cat Fashion Week 2025, sebuah pertandingan fesyen unik bertemakan kucing yang pertama kali disiarkan di televisyen Malaysia.
Program yang mengetengahkan gaya dan pesona si bulus serta pemiliknya ini disiarkan secara rasmi bermula 29 Jun hingga 17 Ogos 2025 menerusi pelbagai slot istimewa di TV3.
Cat Fashion Week bukan sekadar peragaan fesyen, sebaliknya turut membawa mesej kasih sayang terhadap haiwan peliharaan, kepentingan penjagaan si comel, serta kreativiti pemilik dalam menampilkan gaya luar biasa mereka.
Dengan tagline catchy “Meow Menyala, Gaya Membara!”, program ini menyaksikan lebih 100 penyertaan diterima semasa uji bakat dalam talian, namun hanya 8 kucing terpilih yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Antara nama-nama ‘meownalist’ yang berjaya menambat hati juri termasuk:
1. Nurul Izzah & Omey (Siberian)
2. Nurul Awwal & Chibu (Domestic Long Hair)
3. Nurmayani & Kristoff (Ragdoll)
4. Siti Rohani & Goyem (Domestic Long Hair)
5. Farahin Zakaria & Junny (Persian)
6. Zakry Shazryl & Winter Notty (Munchkin)
7. Anis Halyatie & Evian Evan (Ragdoll)
8. Siti Khadijah & Mocha (Domestic Long Hair)
Mark Adam, Shiha Zikir, Mohd Jeffrey dari Kelab Kucing Malaysia, dan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dipilih sebagai juri profesional bagi menilai bukan sahaja gaya kucing, malah personaliti dan kreativiti keseluruhan pemilik dalam pertandingan ini.
Juara bakal membawa pulang sebanyak RM5,000 manakala naib johan sebanyak RM3,000 dan tempat ketiga sebanyak RM2,000.
Terdapat juga saguhati bagi tempat ke-4 hingga ke-8 iaitu RM1,000 dan anugerah khas iaitu Anugerah FELIX - Si Blus Paling Memikat.
Finale turut diserikan dengan sesi karpet merah, persembahan artis tempatan dan aktiviti on-ground terbuka kepada orang awam seperti Adopsi Kucing, DIY keychain, face painting, dan aktiviti seni Crafty Paws Shrink Art.
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Cat Fashion Week 2025. Adakah gaya mewah, aksi manja atau kecomelan luar biasa yang akan mencuri hati juri.
Semuanya bakal terjawab pada malam finale Ahad, 17 Ogos 2025, jam 9 malam hanya di TV3. Jangan lepaskan peluang menyaksikan detik penuh gaya dan emosi yang pasti mencuit hati pencinta si bulus di seluruh negara!
Comentários