top of page

Cat Farish Hidupkan Alter Ego Si Penghulu, Muncul Dengan Single Jandanyer Yeah Yeah

  • Writer: N
    N
  • 10 hours ago
  • 2 min read

Nama Cat Farish bukan lagi asing dalam dunia muzik hip hop tanah air. Namun kali ini, beliau hadir dengan satu kelainan menerusi persona baharu dikenali sebagai Si Penghulu, yang membuat kemunculan rasmi melalui single sulung berjudul Jandanyer Yeah Yeah.

ree

Single ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga pernyataan seni yang menggabungkan elemen hip hop moden, afrobeat, serta identiti bahasa dan budaya Perak yang dekat dengan jiwa Cat Farish.


Menurut Cat Farish, Jandanyer Yeah Yeah dicipta khas untuk meraikan semangat wanita bergelar janda yang mampu bangkit selepas perpisahan.

“Lagu ni untuk beri semangat pada janda-janda kat luar sana. Yang bangkit, bersiap, dan buat lelaki menyesal tinggalkan dia,” kata Cat Farish.

Dengan pendekatan santai, jenaka berlapik, dan mesej positif, lagu ini membawakan perspektif segar bahawa “janda” bukan simbol kelemahan, sebaliknya kekuatan dan keyakinan diri.


Watak Si Penghulu sebenarnya sudah wujud sejak kolaborasi Cat Farish dalam lagu OK ciptaan Malique. Dari situ, idea alter ego ini dikembangkan untuk menjadi wadah yang mengangkat elemen bahasa tempatan, khususnya loghat Perak, dalam muzik hip hop.


Dengan gaya santai, bersahaja dan penuh warna rakyat, Si Penghulu diangkat sebagai suara generasi baharu yang menghubungkan muzik urban dengan jiwa kampung.

Menariknya, isteri beliau, Shikin Maembong, turut menjadi inspirasi utama di sebalik projek ini, memberi semangat sepanjang proses kreatif berlangsung.


Walaupun Jandanyer Yeah Yeah baru dirakam di Platinum Studio, Damansara Perdana, proses idea dan konsep lagu ini mengambil masa lebih dua tahun.

“Lagu dah ada lama, tapi lirik dan penyampaian tu yang ambil masa nak ‘kena’,” jelas Cat Farish.

Kini, di bawah edaran Luncai Emas Sdn Bhd, Si Penghulu tampil sebagai figura hip hop rakyat dari Kampung Sri Kintadi, membawa angin segar ke dalam industri muzik tempatan.

Comments


bottom of page