Cakra Khan Bakal Gegarkan Singapura & Kuala Lumpur Menerusi Divine Concert 2025
- kaypohmedia
- Jun 25
- 2 min read
Selepas penantian panjang, penyanyi bersuara emas dari Indonesia, Cakra Khan, kembali dengan sebuah hadiah istimewa buat peminat setianya konsert solo bertaraf mega bertajuk Divine Concert. Konsert ini sempena pelancaran album keduanya yang turut dinamakan Divine, yang dilancarkan pada tahun 2024 lalu.

Penganjur berpengalaman, Shiraz Projects, mengumumkan dua lokasi utama untuk Divine Concert Cakra Khan iaitu Singapura dan Malaysia. Konsert pertama bakal berlangsung pada 18 Julai 2025 di The Star Theatre, Singapura, diikuti Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025 bertempat di Plenary Hall, KLCC.
Menariknya, album Divine merupakan kemunculan semula Cakra Khan selepas lebih satu dekad sejak album sulungnya. Dengan tema ketuhanan dan keagungan, album ini memuatkan lagu-lagu beremosi seperti “Kepada Hati”, “Salah Tapi Baik”, “Mencari Cinta Sejati” dan “Kekasih Bayangan”.

Menurut Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, konsert ini dijangka menjadi persembahan luar biasa dan penuh magis, mencerminkan perjalanan karier Cakra Khan yang cukup istimewa. “Konsert ini bukan sekadar promosi album, tapi juga meraikan suara unik Cakra Khan dan lagunya yang malar segar,” ujar beliau.
Lokasi & Tarikh Divine Concert - Cakra Khan 2025:
Singapura:
Tarikh: 18 Julai 2025
Lokasi: The Star Theatre
Tiket: www.Sistic.com.sg
Malaysia:
Tarikh: 2 Ogos 2025
Lokasi: Plenary Hall, KLCC
Tiket: www.myticket.asia

Harga Tiket:
Kuala Lumpur:
RM1,295 (Meet & Greet)
RM795 (Diamond)
RM695 (Platinum)
RM455 (Gold)
RM255 (Silver)
RM225 (Bronze)
Singapura:
SGD248 (Meet & Greet)
SGD168 (Diamond)
SGD148 (Platinum)
SGD128 (Gold)
Kesemua tiket akan mula dijual pada 12 Februari 2025, bermula jam 10 pagi. Jadi pastikan anda bersedia kerana peminat dijangka memenuhi tempat duduk dalam masa singkat!

Cakra Khan turut meluahkan keterujaannya untuk kembali ke pentas besar:
"Apa yang pasti kalian akan menikmati Divine Concert - Cakra Khan seperti mana saya selalu menikmati apresiasi anda semua terhadap saya."
Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri vokal berkarakter Cakra Khan secara langsung dalam konsert penuh emosi dan kehebatan. Sama ada di Singapura, Kuala Lumpur atau kedua-duanya sekali, pilihan di tangan anda!
Ikuti perkembangan lanjut tentang Divine Concert menerusi laman rasmi Shiraz Projects dan platform sosial rasmi Cakra Khan.
댓글