top of page

BYON Combat Showbiz 7 Debut di Kuala Lumpur

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Kalau anda peminat sukan tempur atau sekadar suka event yang penuh adrenalin, BYON Combat Showbiz 7 memang patut masuk radar. Buat pertama kali, acara yang pernah ‘meletup’ di Indonesia ini akhirnya mendarat di Kuala Lumpur dan nampaknya bukan sekadar fight biasa.


Apa yang buat BYON lain sikit? Ia bukan sekadar perlawanan dalam gelanggang. Konsep “combat showbiz” yang dibawa menggabungkan aksi tinju dan “kickstriking” dengan elemen hiburan moden. Siap dengan produksi visual yang nampak macam konsert besar.


Acara ini dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur, dengan sasaran lebih 3,000 penonton. Itu belum kira yang akan tonton secara online. Sebelum ini, BYON pernah catat lebih 536,000 pembelian Pay-Per-View (PPV) dan ratusan juta tontonan digital. Angka yang bukan calang-calang dalam dunia sukan tempur.


Yang lagi menarik, edisi kali ini himpunkan petarung dari Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas. Jadi memang boleh jangka akan ada pertembungan panas bukan sekadar skill, tapi juga pride antara dua negara serantau.


Untuk yang tak dapat hadir secara fizikal, acara ini juga distrim secara eksklusif di platform Vidio dengan harga sekitar RM17. Kiranya dari rumah pun boleh rasa bahang dia.


Comments


bottom of page