top of page

Blood Brothers: Bara Naga Cipta Fenomena, Catat Kutipan RM21 Juta dalam Empat Hari!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Apr 14
  • 1 min read



Filem aksi epik Blood Brothers: Bara Naga mencetuskan fenomena luar biasa apabila mencatat kutipan pembukaan tertinggi bagi tahun 2025 dengan jumlah menakjubkan RM21 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan, termasuk tayangan awal.

 

Kejayaan luar biasa ini meletakkan Blood Brothers: Bara Naga sebagai filem tempatan dengan prestasi pecah panggung paling menggegarkan tahun ini, sekali gus menjadi buah mulut penggemar filem sejak ia mula ditayangkan.

 

Gabungan aksi mendebarkan, sinematografi memukau serta jalan cerita penuh emosi dan konflik menjadikan filem ini tarikan utama di pawagam. Ditambah pula dengan barisan pelakon ternama dan pengarahan yang mantap, tidak hairanlah filem ini menerima sambutan hangat dari penonton segenap lapisan usia.

 

Pihak produksi turut mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan luar biasa yang diberikan, menjadikan filem ini bukan sahaja sebuah karya hiburan, malah simbol kebangkitan industri perfileman tempatan dan serantau.

 

Dengan momentum yang kukuh ini, ramai menjangkakan kutipan filem ini akan terus melonjak dalam minggu-minggu mendatang.

 

Jangan lupa saksikan Blood Brothers: Bara Naga di pawagam berhampiran dan teruskan sokongan anda terhadap filem tempatan!

Comments


bottom of page