top of page

Blood Brothers 2: Perang Naga Disahkan! Syafiq Yusof & Abhilash Dedah Judul Sekuel

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Berita baik buat peminat filem aksi tempatan! Sekuel kepada filem hit Blood Brothers kini rasmi dan ia bakal dikenali sebagai Blood Brothers 2: Perang Naga.

 

Pengumuman eksklusif ini dibuat sendiri oleh pengarah Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ketika menjadi tetamu dalam podcast Sembang Studio yang dihoskan oleh Amelia Henderson.

 

Ketika Amelia bertanya apa yang boleh dijangkakan dalam sekuel ini, Abhilash memberikan ‘teaser’ yang cukup mengujakan.

 

“If Blood Brothers, the first one, is called Blood Brothers: Bara Naga, the second one would be called Blood Brothers: Perang Naga. That’s all I’ll say, that’s it,” ulasnya.

Pengumuman ini sekaligus mengesahkan spekulasi peminat yang menantikan sambungan kisah adik-beradik penuh aksi tersebut selepas kejayaan filem pertama.

 

Walaupun mereka masih merahsiakan jalan cerita, peminat kini boleh mula berteka-teki dengan tajuk yang penuh misteri dan intensiti.

 

Adakah lebih banyak aksi? Lebih banyak konflik antara adik-beradik? Sama-sama kita nantikan.



Buat masa ini, tarikh tayangan belum diumumkan, tetapi yang pasti, perang bakal bermula!


Jangan lepaskan episod Sembang Studio bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, eksklusif pendedahan tajuk Blood Brothers 2: Perang Naga hanya dalam podcast ini!



Comentarios


bottom of page