Björn Again Bawa Nostalgia ABBA ke Kuala Lumpur 2026
- Tasnim Ahmad
- 3 hours ago
- 2 min read
Kalau anda peminat lagu klasik pop, Björn Again Kuala Lumpur 2026 mungkin konsert yang wajib masuk wishlist sekarang. Buat pertama kali, tribute band ABBA yang terkenal di seluruh dunia ini akan singgah ke KL dengan “The ABBA Forever Tour” dan vibe dia memang nostalgia habis.

Didatangkan khas dari Melbourne, Björn Again bukan sekadar band tribute biasa. Mereka dikenali sebagai antara persembahan tribute paling “hidup” dan menghiburkan, siap dengan vokal yang hampir sama, kostum glam ala ABBA, dan energy pentas yang memang susah nak duduk diam.
Sepanjang dua jam show, penonton boleh expect lagu-lagu ikonik macam Mamma Mia, Dancing Queen, Waterloo, sampai ke balada yang lebih emosi seperti The Winner Takes It All dan I Have a Dream. Senang cerita, ini jenis konsert yang semua orang dari Gen X sampai Gen Z boleh enjoy sama-sama.
Apa yang buat Björn Again lain daripada yang lain? Mereka sebenarnya satu-satunya tribute ABBA yang diiktiraf secara rasmi oleh ahli ABBA sendiri. Itu dah cukup jadi “green light” untuk peminat percaya kualiti show mereka bukan biasa-biasa.

Menariknya lagi, mereka dah perform di lebih 120 negara dan pernah naik pentas di venue ikonik dunia seperti Wembley Stadium dan Sydney Opera House. Nama peminat pun bukan calang-calang dari Metallica sampai Rowan Atkinson. Random, tapi power.
Fenomena ABBA sendiri memang tak pernah “mati”. Dari filem Mamma Mia! sampai ke kebangkitan semula lagu-lagu klasik di TikTok, muzik mereka sentiasa ada tempat dalam hati ramai. Jadi tak hairanlah tour kali ini dijangka jadi antara acara live paling hot di KL tahun 2026.
Tiket untuk konsert ini dah mula dijual bermula 28 April 2026, jam 10 pagi. Kalau anda jenis suka konsert yang fun, penuh nostalgia dan boleh sing-along tanpa malu,
ini memang patut masuk list.

Akhir kata, kalau dah lama tak rasa vibe konsert yang betul-betul buat anda “feel something”, mungkin ini masanya. Kadang-kadang, kita cuma perlukan satu malam dengan lagu lama untuk ingat balik memori lama.



Comments