top of page

Bintang K-Pop Rosé Hiasi Runut Bunyi Filem Hollywood Terbaru, F1

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 2
  • 1 min read


Anggota kumpulan Blackpink, Rosé terus meraih kejayaan menerusi lagu-lagunya termasuk lagu popular APT yang mendominasi carta muzik di seluruh dunia. Terbaharu, beliau bakal tampil dengan lagu baharu untuk filem F1 lakonan Brad Pitt, sekali gus menambahkan keterujaan dalam kalangan para peminat.


Penerbit filem F1 telah mendedahkan senarai penyanyi dan pemuzik hebat yang terlibat dalam pembikinan runut bunyi untuk filem lakonan Brad Pitt itu. Filem ini turut dibintangi oleh Damson Idris, Kerry Condon, Tobias Menzies, Kim Bodnia, dan Javier Bardem.


F1: The Album bakal dilancarkan pada 27 Jun 2025, seiring dengan tayangan global filem F1 yang diarahkan oleh Joseph Kosinski dan ditulis oleh Ehren Kruger. Menariknya, tayangan antarabangsa akan bermula lebih awal, iaitu pada 25 Jun.



Menariknya, kesemua sepuluh pasukan Formula Satu berserta pemandu mereka dari musim 2023 dilaporkan akan muncul dalam filem ini sebagai diri mereka sendiri. Ini termasuk Max Verstappen, Sergio Pérez, Lewis Hamilton, George Russell, Charles Leclerc, Carlos Sainz Jr., Lando Norris, Oscar Piastri, Fernando Alonso, Lance Stroll, Pierre Gasly, Esteban Ocon, Nyck De Vries, Valtteri Bottas, Zhou Guanyu, Nico Hülkenberg, Kevin Magnussen, Daniel Ricciardo, Yuki Tsunoda, Liam Lawson, Logan Sargeant dan Alexander Albon.


Filem ini mengisahkan Sonny Hayes, seorang bekas pelumba Formula Satu yang bersara selepas mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990-an. Namun, beliau kembali ke dunia perlumbaan apabila seorang pemilik pasukan F1 dan rakan lamanya, Ruben, menghubunginya untuk membimbing seorang pelumba muda berbakat bernama Joshua


Comments


bottom of page