"Biarkan Aku Mati", Lucidrari dan Tarrarin Cerita Tentang Cinta yang Pergi
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read
Sebuah karya muzik baharu berjudul "Biarkan Aku Mati" hasil kolaborasi antara Lucidrari dan Tarrarin telah dilancarkan pada 29 Julai telah mula mendapat perhatian ramai.
Lagu ini membawa pendengar masuk ke dalam dunia seseorang yang ditinggalkan tanpa jawapan. Ia menggambarkan perasaan tidak tertanggung apabila cinta yang diberikan sepenuh jiwa akhirnya dibalas dengan kesunyian.


Lirik seperti “kembalikan tatapnya” menjadi simbol kepada kerinduan terhadap kasih sayang yang pernah ada tetapi kini hilang tanpa jejak.
lucidrari dan Tarrarin berjaya menghidupkan watak seseorang yang sedang bergelut dengan perasaan ingin diterima semula, walaupun tahu harapannya mungkin sia-sia.

Apa yang menjadikan lagu ini begitu kuat adalah kejujurannya. Ia tidak cuba menyembunyikan kesakitan di sebalik kata-kata indah. Sebaliknya, ia membuka luka yang sebenar iaitu kesunyian dan penyesalan.
“Biarkan Aku Mati” adalah gambaran emosi yang dirasai ramai, tetapi jarang dapat diluahkan secara terang.
Ia merangkul sisi gelap sebuah perpisahan dan menjadikannya puisi kesedihan yang indah. Lagu ini bukan tentang kematian sebenar tetapi tentang mati rasa apabila seseorang sudah tidak mampu mencintai lagi kerana terlalu hancur.
Comentarios