top of page

Beauboss Naikkan Standard Perfume Lokal Dengan Koleksi Terbaharu

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 8 minutes ago
  • 2 min read
ree

Jenama wangian lokal Beauboss terus laju dalam radar pencinta perfume tempatan. Dari bau yang mampu milik tapi rasa mahal, Beauboss kini bersedia buka lembaran baharu dengan pelancaran empat scent terbaharu yang dipertontonkan secara rasmi pada 18 Disember lalu di Starhill, Bukit Bintang.


Dikenali sebagai jenama yang gemar bermain dengan karakter bau yang bold dan senang dipakai harian, Beauboss kali ini tampil lebih berani dengan koleksi yang lebih matang dan berlapis. Setiap wangian baharu hadir dengan identiti tersendiri, sesuai untuk vibe dan personaliti berbeza.


Antara yang paling mencuri perhatian ialah New Born, wangian yang membawa aura lembut dan comforting. Gabungan lemon yang segar bersama milk dan vanilla memberi rasa bersih dan creamy, disusuli sentuhan rose dan musk yang buat bau ini terasa intimate dan menenangkan. Sesuai untuk mereka yang suka bau soft tapi masih ada karakter.


Daphne pula tampil lebih feminin dan classy. Pink pepper dan coriander membuka bau dengan rasa pedas manis yang subtle, sebelum tuberose mengambil alih sebagai nota utama yang kaya dan sensual. Tonka dan amber di hujung menjadikan wangian ini lebih hangat dan tahan lama, sesuai untuk malam atau acara istimewa.


ree

Untuk yang sukakan bau unik dan sedikit edgy, Salt & Smoke mungkin jadi pilihan. Wangian ini bermain dengan elemen ozonic dan aquatic yang beri rasa segar ala udara laut, digabungkan dengan nutmeg dan smoky woods yang gelap dan maskulin. Amber di nota akhir menyatukan semuanya dengan kemasan yang matang dan misteri.


Sementara itu, Duchess membawa vibe playful tapi berani. Cherry blossom dan raspberry memberi sentuhan manis dan fruity, diperkukuh dengan pink pepper dan rose yang beri keseimbangan floral. Nota animalic di hujung menjadikan bau ini lebih berani dan tidak tipikal, sesuai untuk mereka yang suka standout.


Pelancaran ini dilihat sebagai langkah Beauboss untuk mengukuhkan lagi posisi mereka dalam dunia perfume lokal yang semakin kompetitif. Dengan kombinasi bau yang lebih refined dan konsep yang lebih berani, Beauboss jelas mahu naik ke next level.


Untuk peminat wangian dan mereka yang sentiasa memburu bau baharu, Beauboss bukan sekadar lancar perfume, tapi sedang bina identiti.

Comments


bottom of page