top of page

Banduan Tawan Pawagam Malaysia Dengan Kutipan RM3 Juta Dalam 3 Hari

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 3 days ago
  • 2 min read
ree

Nampaknya filem aksi Banduan bukan calang-calang remake. Baru je tayang beberapa hari, filem adaptasi daripada filem box office India, Kaithi (2019), dah berjaya kumpul kutipan pembukaan sebanyak RM3 juta di seluruh Malaysia dan Brunei. Power betul!


Kejayaan ni bukan sekadar angka, ia bukti yang remake versi tempatan pun boleh berdiri sama tinggi dengan karya asal kalau dibuat dengan jiwa dan visi yang betul. Penonton pelbagai bangsa dan latar belakang pun sama-sama bersorak puji mutu produksi dan lakonan mantap semua pelakon.


ree

Antara komen penonton yang trending kat X (Twitter):


Semalam aku layan Banduan remake kepada filem Kaithi. Apa yang aku boleh cakap orang kita kalau kena dengan story yang betul, kita sama je power dengan negara luar.  Syabas semua team Banduan.  Pelakon semua hebat, sinematografi cun, humor on point.” - @NipisSkywalker

“Selesai layan filem #Banduan. Kita bagi 11/10 sebab terlalu padu!! 2 jam 7 minit tak rasa lama pun. Dato' Aaron Aziz memang power habis dalam filem ni!” - @wanfakhrul23

Done tonton filem Banduan..overall rating 9/10..ada suspens and unexpected untuk setiap scene..watak-watak setiap pelakon membuatkan saya sebagai penonton akan tertanya-tanya..Dali watak hero yang sangat berkesan.. watak Koboi tu menceriakan suasana yang serius, paling tak sangka cameo dalam filem sangat wow yang saya boleh bagi..”- @ misszfarah05

Penerbit Eksekutif Banduan, Kalyana Devan, turut meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa ni. Katanya, Banduan berjaya menyatukan penonton dari pelbagai kaum dan budaya serta membuktikan remake Tamil pertama ke versi Bahasa Melayu ni mampu kekalkan emosi dan jiwa asal filem Kaithi tapi dengan cita rasa tempatan.


“Penerimaan positif ini membuktikan filem kita mampu berdiri sendiri tanpa perlu dibandingkan. Terima kasih kepada semua yang dah ke pawagam dan bagi yang belum, jangan tunggu lama-lama,” katanya.


Filem ni bawa penonton ikut kisah Dali, bekas banduan yang baru bebas lepas 10 tahun penjara dan cuma nak jumpa anak perempuannya. Tapi perjalanan jadi kacau bila dia terseret dalam misi menyelamat anggota polis yang diracun dan dijadikan tebusan oleh geng samseng berdarah panas.


ree

Diarahkan oleh Kroll Azry, diterbitkan oleh Number Twenty One Media dengan kerjasama Dream Warrior Pictures, serta Astro Shaw sebagai rakan pemasaran dan pengedaran, Banduan menampilkan barisan pelakon bintang seperti Dato Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Dato Afdlin Shauki, Fadhli Masoot, Amir Nafis, Abi Madyan dan ramai lagi.


Menariknya, Banduan bukan saja ditayangkan di Malaysia, tapi juga dah menembusi pasaran Kanada, Amerika Syarikat, Brunei, dan bakal menemui penonton Singapura bermula 13 November ini.


Kalau kau belum tengok lagi, cepatlah tengok. Filem ni bukan sekadar remake, tapi satu perjalanan penuh aksi, emosi dan kebanggaan lokal yang patut disaksikan di layar besar.


Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page