top of page

Bahagia Lagi Jadi Fenomena, Piche Kota Tarik Perhatian Pendengar Malaysia

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 11 minutes ago
  • 2 min read

Single terbaharu Piche Kota berjudul Bahagia Lagi kini mencuri perhatian pendengar di Malaysia apabila lagu berunsur pop balada itu tular dan berjaya menguasai carta digital utama seperti Spotify dan TikTok. Lagu ini bukan sekadar singgah lalu, malah mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila tersenarai dalam Viral 50 Malaysia dan Top Songs Malaysia di Spotify, selain menerima tontonan harian yang tinggi di TikTok.


Kekal dengan identitinya sebagai penyanyi pop balada, Piche Kota sekali lagi mengangkat kisah percintaan yang dekat dengan realiti. Bahagia Lagi mengisahkan tentang harapan untuk menemui semula kebahagiaan selepas melalui kehilangan cinta, satu tema yang relatable dan mudah menyentuh emosi pendengar. Menurut Piche Kota, lagu ini lahir daripada perasaan yang sangat raw dan pengalaman emosi yang kuat.


“Bagi mereka yang pernah merasakan kehilangan cinta, pasti faham bagaimana rasanya ingin bahagia semula selepas melalui kesedihan. Lagu ini menggambarkan perasaan itu secara keseluruhan,” jelasnya. Tambah Piche, kekuatan lagu ini terletak pada emosi yang dibina sehingga ke penghujung lagu, sebelum melahirkan harapan untuk bangkit dan bahagia kembali.



Dari sudut muzik, Bahagia Lagi hadir dengan tempo perlahan yang sinonim dengan pop balada sendu. Susunan muzik yang minimalis namun emosional digabungkan dengan lirik mendalam serta karakter vokal unik Piche Kota, menjadikan lagu ini satu pakej lengkap untuk mereka yang sedang melalui fasa patah hati. Penulisan lagu ini turut menyaksikan kolaborasi Piche Kota bersama Happy Andromeda dan Dimas Bokor, menambahkan lagi kekuatan pada keseluruhan karya.


Untuk rekod, Piche Kota sebelum ini memperkenalkan single sulungnya Pada Satu Cinta pada Jun 2025 menerusi kolaborasi bersama komposer terkenal Yovie Widianto. Bahagia Lagi dilihat sebagai langkah konsisten Piche dalam membina jenama muziknya, khususnya dalam genre pop balada yang sarat emosi.


Video muzik Bahagia Lagi pula melengkapkan penceritaan lagu ini apabila dihasilkan dalam konsep mini filem dengan jalan cerita yang kuat dan menyentuh perasaan. Diarahkan oleh Gustaf Weldy dan menjalani penggambaran di Beantown, visual yang dipaparkan berjaya memperkukuh naratif lirik serta emosi yang ingin disampaikan.



Piche Kota berharap Bahagia Lagi mampu menjadi penguat semangat buat mereka yang sedang melalui situasi kehilangan dan kekecewaan dalam percintaan. “Saya berharap lagu ini boleh menjadi runut bunyi untuk mereka yang berada dalam fasa sama, dan semoga ia terus diterima serta didengar oleh lebih ramai pencinta muzik,” katanya.

Comments


bottom of page