top of page

BABYMONSTER Umum Konsert Seoul, Pembuka World Tour

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 days ago
  • 1 min read

Peminat K-pop, bersedia! BABYMONSTER konsert Seoul akhirnya diumumkan dan ini bakal jadi permulaan kepada world tour mereka yang dinanti-nantikan.


Kumpulan girl group dari YG Entertainment ini akan mengadakan konsert selama tiga hari berturut-turut bermula 26 hingga 28 Jun di Jamsil Indoor Gymnasium, Seoul. Bagi peminat setia, ini bukan sekadar konsert biasa tapi ini kemunculan semula mereka di Korea selepas kira-kira 17 bulan.


Apa yang lagi menarik, konsert ini diberi nama “Choom”, sama seperti EP terbaru mereka yang akan dilancarkan pada 4 Mei nanti.


Kalau korang follow perjalanan BABYMONSTER, mesti perasan mereka agak konsisten dengan release. EP “Choom” ini hadir hanya tujuh bulan selepas “We Go Up” yang keluar Oktober tahun lepas. Kiranya, momentum memang tengah panas sekarang.


Untuk yang plan nak fly ke Seoul (atau sekadar stalk dari jauh), jualan tiket fan club akan dibuka lebih awal, manakala jualan umum bermula 9 April melalui platform NOL Ticket.


Bila dah start dekat Seoul, mestilah ramai yang tertanya next stop mana pula? Asia tour? Malaysia termasuk tak?


Apa pun, dengan energy dan hype yang mereka ada sekarang, tak mustahil BABYMONSTER bakal jadi antara girl group yang paling “loud” tahun ini.

Comments


bottom of page