top of page

B-Heart Menang Anugerah Lagu Hip Hop Terbaik Menerusi “Shh Shh” di ALI 2024

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jul 29
  • 1 min read

Penyanyi dan penulis lirik berbakat, B-Heart, membuktikan pengaruh serta kekuatan naratif muziknya apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Lagu Hip Hop Terbaik di malam kemuncak Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024 menerusi lagu hit “Shh Shh”.

ree

Kemenangan tersebut diumumkan dalam sebuah malam yang penuh semangat di JioSpace, menyaksikan B-Heart mengatasi persaingan hebat daripada barisan finalis genre Hip Hop termasuk Bubba D, Pikabu, Radtheory bersama Hamza, serta Fusion Cypher House.


Anugerah disampaikan oleh ikon hip hop tempatan, Roshan Jamrock dari kumpulan legenda K-Town Clan, yang turut menjadi salah seorang juri profesional bagi edisi kali ini.

ree

“Shh Shh” mencerminkan sisi matang dan teknikal B-Heart dalam berkarya, dari beat yang segar, struktur verse yang mantap, sehinggalah kepada hook yang mudah melekat di fikiran pendengar.


Lagu ini turut menandakan kesinambungan pengaruh rap dan hip hop dalam ruang muzik indie Malaysia yang semakin berkembang pesat.

ree

Sebagai pemenang, B-Heart membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta pengiktirafan rasmi sebagai salah satu suara penting dalam genre yang terus berkembang di negara ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang dan senarai penuh finalis, layari www.anugerahlaguindie.com.

Comments


bottom of page