top of page

Azizi Kembali Dengan Raya Pop Selepas 6 Tahun

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 days ago
  • 1 min read

Selepas enam tahun tanpa karya baharu, Raya Pop jadi tanda kemunculan semula Azizi dalam industri muzik tempatan. Bekas bintang musim pertama Akademi Fantasia ini akhirnya kembali dengan lagu raya yang bukan sekadar nak meriahkan suasana, tapi turut membawa mesej kasih sayang.

Kali terakhir Azizi tampil dengan lagu Hati Mati pada 2020. Sepanjang tempoh itu, dia memilih untuk fokus pada keluarga dan memperhalusi arah muziknya supaya lebih matang dan bermakna. Baginya, comeback kali ini perlu ada jiwa.


Raya Pop tampil dengan gabungan nuansa moden ala Broadway bersama elemen joget, sesuatu yang jarang kita dengar dalam lagu perayaan. Hasil ciptaan komposer Aus K dengan lirik oleh The ini diinspirasikan daripada kegembiraan anak-anak yang menjadi penyeri Aidilfitri.


Bukan sekadar lagu tentang kuih raya dan duit raya, Raya Pop cuba jadi simbol tawa dan momen indah bersama keluarga. Untuk peminat muzik tempatan yang rindu suara Azizi sejak era awal realiti TV, single ini mungkin jadi nostalgia versi baharu.


Dalam lambakan lagu raya setiap tahun, Azizi pertaruhkan identiti berbeza. So, layak masuk playlist raya korang tak tahun ni?

Comments


bottom of page