top of page

Azarine “Take Over” Kuala Lumpur! Jenama Kecantikan Indonesia Gegarkan Starhill dengan Gaya Eksklusif

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Azarine Kosmetik, jenama kecantikan sensasi dari Indonesia yang pernah mencipta fenomena bersama duta global Lee Minho, kini kembali dengan kejutan baharu “Azarine Take Over Kuala Lumpur!”

 

Bertempat di Piazza Starhill, Bukit Bintang, acara lima hari ini berlangsung dari 23 hingga 27 April 2025 dan menjanjikan pengalaman kecantikan yang luar biasa di tengah-tengah ibu kota.

 

Lebih membanggakan, Azarine menjadi jenama Indonesia pertama yang berjaya menganjurkan acara sebegini di lokasi mewah bersebelahan Pavilion KL, satu langkah berani membuktikan mereka sudah bersedia menguasai pasaran antarabangsa!

 



Dengan kerjasama Watsons Malaysia, acara ini bukan sekadar meraikan keindahan dan penjagaan kulit, tetapi juga menandakan kehadiran rasmi produk Azarine di semua cawangan Watsons seluruh negara. Sekarang, peminat kecantikan tak perlu ‘merentas sempadan’ lagi untuk dapatkan produk viral dari Indonesia ini!

 

Apa yang best kat sini? Banyak! Dari aktiviti menarik sehinggalah ke promosi yang buat anda tak sabar nak shopping, antara yang ditawarkan termasuk sesi Pound Fit, Personal Color Analysis, Dance Workshop dan persembahan istimewa dari Jemput Dengar

 


Persembahan dari Jemput Dengar
Persembahan dari Jemput Dengar

“Selepas kejayaan luar biasa acara peminat bersama Lee Minho, kami teruja untuk membawa semangat dan kreativiti yang sama ke Kuala Lumpur.

 

“Kehadiran kami di Starhill bukan sekadar untuk keterlihatan, tetapi ia adalah satu isyarat bahawa jenama kecantikan dari Indonesia sudah bersedia untuk mencipta trend, merentas sempadan, dan memimpin perbualan di seluruh Asia.” kata Dhita Algha Pratama, Pengurus Pemasaran Azarine Kosmetik.

 

Jadi, tunggu apa lagi! Bawa geng, kosongkan jadual, dan alami sendiri dunia Azarine yang penuh warna dan gaya! Jumpa anda di Piazza Starhill, KL dari 23 hingga 27 April 2025!

 



 

Comments


bottom of page