Aus et al. Lepas “Kau Okay?”: Lagu Berat Tentang Senyum Palsu & Luka Yang Tak Nampak
- Atiqah Halim
- 10 minutes ago
- 2 min read

Kalau dua single sebelum ni, “Hey Sudahlah!” dan “Doa Jumaatku”, bunyi Aus et al. masih ada vibe chill dan catchy, kali ni diorang datang dengan sesuatu yang jauh lebih berat, secara emosi dan makna. “Kau Okay?” bukan sekadar lagu, tapi luahan jiwa tentang realiti ramai orang yang tengah “tak okay” tapi masih pura-pura kuat.
Lagu ni lahir daripada pengalaman sebenar vokalis dan gitaris Aus sendiri. Ceritanya bermula dengan satu perbualan antara dia dan seorang rakan yang terperangkap dalam hubungan toksik mental dan fizikal.
“Setiap kali aku tanya ‘kau okay?’, dia senyum dan jawab ‘aku okay je’. Tapi dari cara dia cakap, aku tahu dia sebenarnya tengah menjerit dalam diam,” kata Aus.
Dia tulis lagu ini pada 5 Mei 2021, jam 12:15 tengah hari, betul-betul selepas perbualan tu. Setiap baris lirik ikut susunan real-life conversation dan penghujung lagu tu, Aus tinggalkan satu persoalan yang haunted: “Dia masih ada ke esok hari?”
Bagi Aus et al., “Kau Okay?” bukan sekadar single terakhir dalam fasa perjalanan mereka, tapi juga satu misi sosial.
“Kitorang nak orang berhenti assume semua orang okay. Kadang orang yang paling banyak senyum tu la yang paling sunyi,” kata mereka.
Mesejnya jelas: check on your people. Kadang yang kita fikir ‘kuat’ tu tengah tunggu je ada orang tanya betul-betul, bukan sekadar small talk. “Kalau diorang mula bercerita, dengar. Jangan bagi nasihat dulu, jangan suruh sabar dulu. Dengar je.”

Cover art single ni simple tapi deep. Gambar bulan, diambil sendiri oleh pemain dram, Ali.
Simbol tu datang daripada cerita orang yang suka bercakap dengan bulan bila dah tak tahu nak cerita pada siapa. “Aku harap kami boleh jadi bulan tu. Tempat orang meluah, walau cuma dari jauh,” kata Aus.
Dengan metafora ni, Aus et al. macam nak remind kita semua: tak semua orang boleh jadi penyelamat, tapi semua orang boleh jadi pendengar.
Diterbitkan bawah AEA Productions, lagu ni hasil kerja satu team yang nampak betul-betul invested.
Producer: Aus et al.
Co-Producer: Megat Fazly
Lirik: Aus
Komposer: Aus et al.
Drum: Ali Maswari
Bass: Jin
Gitar Akustik: Aus
Gitar Elektrik: Azeem
Keyboard/Piano: Hisyam Weng
Synths/Strings: Megat Fazly
Vokal: Aus (backup bersama Azeem)
Rakaman dibuat antara Synkroni Studio dan Resonant Pribadi Studio, dengan Megat Fazly handle mixing dan mastering.
Real talk, dalam lautan lagu cinta dan heartbreak yang dah klise, “Kau Okay?” muncul sebagai suara jujur untuk yang tengah berjuang diam-diam. Ia bukan lagu nak buat orang menangis, tapi lagu yang buat kita nampak yang tak semua orang yang senyum tu betul-betul okay.
Jadi kalau korang tengah baca ni, dan terfikir nak tanya seseorang “kau okay?”, jangan tunggu. Mungkin soalan tu la yang boleh selamatkan hari seseorang.
“Kau Okay?” oleh Aus et al. kini boleh didengar di semua platform digital. Jadi bulan untuk seseorang hari ni. Dengar, bukan sekadar dengar lagu.”

Comments