top of page

ATEEZ Sedia Gegar Dunia K-Pop Jun Ini dengan "Golden Hour: Part 3"

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 3 days ago
  • 1 min read


Kumpulan K-pop terkenal, ATEEZ, mengumumkan kemunculan semula mereka yang dinanti-nantikan menerusi album baharu bertajuk Golden Hour: Part 3. Album ini akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Jun 2025.




Pengumuman rasmi tersebut telah dikongsi melalui media sosial rasmi mereka dan telah menarik perhatian para peminat. 


Di samping itu, satu imej misteri berbentuk tombol dengan tulisan “Golden Hour” turut dikongsikan, mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan peminat mengenai konsep dan jalan cerita muzik video yang bakal dilancarkan.


Golden Hour: Part 3 merupakan sambungan kepada siri album mereka sebelum ini yang penuh dengan naratif sinematik dan konsep yang menarik dan menjadikan ATEEZ unik dalam kalangan kumpulan K-pop. 


Para ATINY di seluruh dunia termasuk peminat setia dari Malaysia, pastinya sedang menghitung hari dengan penuh debaran untuk menyambut kemunculan semula ATEEZ yang epik ini.


Comments


bottom of page