top of page

Astro Persembahkan Dua Drama Baharu Penuh Emosi dan Dendam: ‘Bahagia Yang Tertangguh’ & ‘Impiana: Karma’ Tutup Tirai 2025 Dengan Padu!

  • Writer: N
    N
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Menjelang penghujung tahun 2025, Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai Home of Drama dengan mempersembahkan dua karya baharu yang dijangka menggamit emosi penonton, Bahagia Yang Tertangguh dan Impiana: Karma.

ree

Kedua-dua drama ini bakal menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria (saluran 104), dengan tema berbeza namun sama-sama sarat emosi, cinta dan konflik dalaman.


Menyusuli kejayaan Mandul Bukan Pilihan, penulis skrip prolifik Oka Aurora kembali dengan karya adaptasi novel Rissa Ahdiya berjudul Bahagia Yang Tertangguh.


Drama ini mengisahkan seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan toksik, dikawal oleh kakak iparnya dan terpaksa menjadi isteri “provider” yang menanggung seluruh keluarga suami. Namun, segalanya berubah apabila seorang jiran lelaki hadir membawa sinar baharu dalam hidupnya, memberi makna sebenar cinta dan kekuatan untuk memperjuangkan kebahagiaan yang tertangguh.

ree

Diarahkan oleh pengarah tersohor Osman Ali, naskhah terbitan iFAME Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti: Nad Zainal,Izzue Islam,Rozita Che Wan,Kamal Adli, danDatin Seri Nina Jureen.


Tayangan bermula 17 November 2025, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.


Sementara itu, Impiana: Karma pula membawa penonton menyelami sisi gelap cita-cita, keinginan dan akibatnya. Diadaptasi daripada siri novel popular karya Ain Maisarah, drama arahan Eyra Rahman ini diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.


Kisah bermula apabila sekumpulan sahabat lama kembali bersatu selepas bertahun-tahun berpisah. Mereka kemudiannya terjerat dengan perjanjian misteri bersama sebuah syarikat yang menjanjikan kejayaan luar biasa namun di sebalik impian yang tercapai, tersembunyi harga yang perlu dibayar.

ree

Dibarisi pelakon popular seperti Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Adriana Adnan, Yuna Rahim, Sharifah Haneesya, Tiz Zaqyah, Nas-T, Aniq Suhair dan Lorenzo Irmann, Impiana: Karma menjanjikan debaran dan drama yang mendalam tentang batas moral dan keinginan manusia.


Tayangan bermula 19 November 2025, setiap Rabu & Khamis jam 9 malam di Astro Ria.


Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro,

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan barisan pengarah dan penulis paling berbakat dalam industri. Bahagia Yang Tertangguh dan Impiana: Karma merupakan hadiah istimewa buat penonton sempena penutup tahun ini — sarat dengan mesej, emosi dan nilai kehidupan.”

Astro terus komited untuk menjadi destinasi utama drama tempatan terbaik dengan produksi berkualiti tinggi, adaptasi novel popular dan lakonan mantap dari bintang tersohor tanah air.


Kalau korang peminat tegar drama air mata dan plot twist, dua naskhah ni wajib masuk dalam senarai wajib tonton hujung tahun ni.

Bahagia Yang Tertangguh bagi yang suka kisah perjuangan cinta, Impiana: Karma pula untuk yang gemar saspens dan misteri. Dua-dua confirm buat kau tak sabar nak tengok episod seterusnya!

Comments


bottom of page