top of page

Astro Originals Pertaruh ‘Bad Cop’, Adaptasi Siri Jenayah Antarabangsa Dengan Sentuhan Lokal

  • Writer: N
    N
  • 10 hours ago
  • 2 min read

Selepas mencetuskan fenomena di peringkat antarabangsa, siri jenayah popular Bad Cop kini rasmi diadaptasi dalam versi Malaysia menerusi Astro Originals, sekali gus menandakan satu lagi langkah berani dalam landskap kandungan premium tempatan.

ree

Siri yang sebelum ini mencipta kejayaan di Jerman pada tahun 2017 dan kemudiannya diadaptasi di India pada 2024 ini bakal menemui penonton Malaysia bermula 19 Disember 2025, dengan suntikan elemen lokal yang lebih dekat dengan realiti masyarakat tempatan.


Untuk versi Malaysia, Bad Cop menampilkan kelainan apabila diterajui oleh Aiman Hakim, yang buat pertama kalinya memegang dua watak utama sebagai protagonis dan antagonis. Satu cabaran besar yang menguji keupayaan lakonannya, terutama dalam membezakan dua personaliti bertentangan dalam satu naratif yang gelap dan kompleks.

ree

Turut membintangi siri ini ialah barisan pelakon berkaliber seperti Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Wong, selain kemunculan istimewa bintang popular dalam setiap episod.


Menariknya, Bad Cop menggunakan pendekatan case-of-the-week, di mana kesemua lapan episod mengetengahkan kes berbeza yang sarat dengan isu sosial seperti penipuan identiti, tekanan lelaki moden, marginalisasi komuniti luar bandar serta penderaan rumah tangga. Pendekatan ini menjadikan penceritaan lebih segar dan tidak terikat kepada satu konflik semata-mata.

ree

Siri terbitan Astro Shaw ini diterajui oleh showrunner Kavivarmen Vigneswaran dan diarahkan oleh Jason Chong, pengarah yang sebelum ini mencipta impak besar menerusi siri premium Liar. Gabungan ini menjanjikan visual sinematik serta penceritaan berlapis yang menjadi identiti Astro Originals.


Dari segi naratif, Bad Cop mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah yang terpaksa berdepan dengan kembarnya yang terpisah, Imar, seorang inspektor polis. Pertemuan

semula mereka bertukar tragis apabila Imar ditembak dan menyerahkan identitinya kepada Emir demi melarikan diri, dengan satu janji yang perlu ditunaikan. Dari situlah konflik moral, identiti dan integriti diri mula tercetus.

ree

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Bad Cop merangkap Ketua Astro Shaw, adaptasi ini meneruskan komitmen Astro Originals dalam menawarkan kandungan premium berimpak tinggi selepas kejayaan Liar pada tahun 2023. Beliau yakin tema kepolisan yang dekat dengan penonton tempatan serta elemen lokal akan menjadikan Bad Cop lebih autentik dan mudah dihayati.


Bad Cop turut menjadi sebahagian daripada kolaborasi strategik bersama Goodday Charge, yang menyokong lima judul premium Astro Originals sepanjang tahun 2025. Setiap judul membawa manifestasi kekuatan dalaman berbeza, dengan Bad Cop menekankan tema integriti diri, seiring mesej bahawa setiap individu sentiasa berpotensi untuk menjadi lebih hebat.

ree

Penonton boleh menyaksikan dua episod pertama Bad Cop pada 19 Disember 2025 bermula jam 12.00 tengah malam di OnDemand dan sooka. Siri ini juga akan ditayangkan di Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat jam 9 malam dan Astro Ria (Saluran 104) setiap Sabtu jam 10.30 malam.


Untuk perkembangan terkini serta klip-klip menarik, ikuti platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw di Instagram, TikTok, Facebook dan X.

Comments


bottom of page