top of page

Astro Lancar ‘Raise The Star Malaysia’ – Program Realiti Nyanyian Beri Fokus Kepada Komposer

  • kaypohmedia
  • 3 days ago
  • 1 min read

Astro bakal mencetus fenomena baharu dalam dunia hiburan tanah air menerusi program realiti nyanyian terbaharu, Raise The Star Malaysia, bermula 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.


Berbeza daripada rancangan nyanyian sebelum ini, Raise The Star Malaysia mengetengahkan perspektif lima komposer terkenal Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna dalam mencari dan membimbing bakat baharu yang akan menyanyikan lagu ciptaan eksklusif mereka di pentas akhir. Program ini dihoskan oleh duo popular, Alif Satar dan Sherry Alhadad, yang pastinya akan menambah warna dan hiburan sepanjang musim.

Seramai 30 peserta dipilih selepas saringan ketat menerusi ujibakat digital dan fizikal, bersedia untuk menghadapi pelbagai tugasan termasuk persembahan solo dan duet. Penjurian terbahagi kepada dua – 80% daripada komposer dan 20% melalui undian peminat. Istimewanya, sistem Slay Meter diperkenalkan untuk menilai persembahan, dan peserta yang berjaya meraih 5 slay akan menerima ganjaran tunai daripada penaja.

Disokong oleh KFC dan UMobile sebagai Penaja Utama, program selama lapan minggu ini bakal berlangsung secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam. Astro sekali lagi membuktikan keunggulan mereka dalam mempelbagaikan kandungan tempatan dengan mutu bertaraf antarabangsa.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan perjalanan unik para komposer dan bintang baharu ini di Raise The Star Malaysia hiburan realiti dengan jiwa seni tempatan!

Comments


bottom of page