top of page

Astro Lancar Kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

  • kaypohmedia
  • 4 hours ago
  • 2 min read
ree

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Astro kembali dengan kempen istimewa ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 16 September 2025.


Kempen ini bertujuan meraikan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan rakyat Malaysia, melalui pelbagai inisiatif seperti saluran khas KITA Channel (Saluran 100), lagu tema patriotik, acara hiburan langsung, dan siaran radio seluruh negara.

ree

Astro mempersembahkan KITA Channel di saluran 100, khas untuk bulan kebangsaan. Bermula 15 Ogos hingga 17 September, penonton boleh menikmati lebih 50 program istimewa termasuk filem, drama, rancangan realiti, dokumentari, serta konsert eksklusif yang meraikan bakat anak tempatan.


Antara tayangan perdana yang bakal mencuri perhatian ialah Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah, dan Daddy Naik Sheikh, dibintangi oleh nama besar seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Que Haidar, Yasmin Hani, MK K-Clique dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, peminat muzik boleh menyaksikan konsert seperti Slam X Exist: Our Journey dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire secara eksklusif.


Astro turut melancarkan ‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’ – tiga dokumentari pendek yang mengangkat kisah sebenar perpaduan rakyat Malaysia:


  • Famili Ikat Tepi – Kopitiam berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol keharmonian.

  • Tempat Letak Harmoni – Masjid dan gereja di Sarawak berkongsi kawasan parkir sebagai tanda hormat-menghormati.

  • Seni Berkawan – Tiga artis berbeza latar budaya bersatu dalam projek seni yang meraikan kepelbagaian.


Ketiga-tiga dokumentari ini boleh ditonton di YouTube Astro Malaysia bermula 7 Ogos 2025, jam 9 malam

Bagi yang ingin merasai suasana kemeriahan, ‘Hello Inilah KITA’ akan diadakan pada 23 dan 24 Ogos 2025, menampilkan selebriti terkenal seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Nicole Lai dan ramai lagi.


Sementara itu, KITA FM akan bersiaran langsung dari Putrajaya pada 31 Ogos 2025 dengan penyampai radio dari ERA, Sinar, MY FM, HITZ, RAAGA dan RTM. Siri jelajah radio ini akan menutup tirai di Pulau Pinang pada 16 September 2025.


Kempen ini turut mempersembahkan lagu tema ‘Bangkit Malaysia’ nyanyian Hael Husaini, yang akan tersedia di semua platform penstriman tidak lama lagi.


Sebagai penutup kempen, rakyat Malaysia dijemput menyertai KITA Run pada 25 Oktober 2025 di Serenia City Central Park, Nilai. Acara ini menawarkan larian 5KM & 10KM, karnival, serta konsert artis popular.


ree

Kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ mengajak seluruh rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan penuh rasa bangga, cinta, dan kebersamaan.

Untuk maklumat lanjut dan langganan, layari astro.com.my/InilahKITA.

Comentarios


bottom of page