top of page

Arc Holistic Wellness Buka Pusat Kesejahteraan Di Petaling Jaya

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 14 hours ago
  • 3 min read
ree

Arc Holistic Wellness kini rasmi beroperasi di Jaya One, Petaling Jaya dan membawa pendekatan baharu dalam dunia kesihatan menyeluruh di Malaysia. Pusat wellness butik ini menawarkan gabungan terapi moden dan tradisional yang fokus pada pemulihan dari dalam untuk bantu orang ramai capai keseimbangan tubuh dan minda.


Arc Holistic Wellness berteraskan falsafah healing from within. Matlamatnya jelas, bantu klien capai keadaan dalaman yang lebih tenang, stabil dan tahan lama. Setiap rawatan difokuskan pada punca masalah, bukan sekadar hilangkan simptom.


Rawatan Paling Menyeluruh Di Satu Tempat

Antara servis yang ditawarkan termasuk:

  • Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) yang bantu tingkatkan penyerapan oksigen dan mempercepatkan proses pemulihan.


    ree
  • Terapi urutan seperti lymphatic, point massage dan meridian magnetic fork untuk lancarkan aliran tenaga, rehatkan badan dan sokong kesihatan selular.


    ree

  • Tibetan Singing Bowl Sound Therapy yang guna getaran bunyi harmoni untuk tenangkan minda dan kurangkan tekanan.


    ree
  • Facial dengan hydrogen water dan produk Sothys yang fokus pada detoks, hidrasi dan seri wajah.


    ree
  • Halotherapy yang guna partikel garam mikro untuk bantu pernafasan lebih bersih dan legakan iritasi kulit.


    ree
  • Contrast Therapy yang gabungkan Far Infrared Sauna dan Cold Plunge untuk peredaran darah, pemulihan otot dan sokongan imuniti.


    ree

  • Red Light Therapy yang bantu pembaikan sel, kurangkan radang dan kukuhkan kondisi kulit.


Misi Arc Dibina Daripada Kepercayaan Mengenai Healing

Menurut Arc, mereka mahu menjadi hab wellness holistik yang fokus pada longevity, well aging dan gaya hidup seimbang. Pendekatannya humanist dan client centered agar setiap orang boleh rasa dilihat, didengar dan dipulihkan.


“Kami nampak keperluan untuk sebuah ruang yang bukan sekadar merawat simptom tetapi membantu individu reconnect dengan diri sendiri. Semua terapi kami berpaksikan tradisi, disokong sains dan dibuat dengan hati,” kata Justin Dee, Pengasas Arc Holistic Wellness.


Dalam dunia sekarang yang makin laju, ramai hilang keseimbangan dan burnout jadi perkara biasa. Arc memberikan alternatif yang lebih perlahan dan grounded. Ruang ini direka supaya klien boleh tarik nafas, reset dan pulihkan tenaga mental serta fizikal.


“Terapi seperti hyperbaric, urutan meridian dan sound healing bukan sekadar rawatan. Ia cara untuk bawa klien ke tahap kesedaran dan penyembuhan yang lebih dalam,” tambah Justin.


Walaupun baru dilancarkan secara rasmi, Arc sebenarnya sudah aktif sejak Mei 2024. Antara acara yang pernah dianjurkan termasuk:

  • Talk bersama Dr Winnie Kam tentang meridian dan keseimbangan endokrin.

  • Sesi self care dengan Joanne Khoo yang menggabungkan HBOT dan terapi meridian.

  • Acara pickleball komuniti bersama Gritlab Academy untuk sokong pendidikan kewangan wanita.

  • Sesi digital detox untuk pasangan bersama Ashley Suelyn bagi memupuk kesedaran diri dan hubungan sihat.

  • Semua ini membantu Arc membina komuniti yang minat gaya hidup holistik dan intentional living.


Dengan pembukaan rasmi, Arc memperkenalkan bengkel HRD Corp claimable yang fokus pada kesihatan dan kesejahteraan. Program ini bertujuan beri ilmu praktikal kepada individu dan organisasi untuk hidup lebih seimbang.


Arc juga kini menerima tempahan eksklusif untuk sambutan khas seperti hari jadi, ulang tahun, sesi korporat dan acara penghargaan. Tetamu boleh menikmati pengalaman wellness peribadi dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.


ree

Diana Koon

Berpengalaman lebih dua dekad dalam industri fesyen, kecantikan dan gaya hidup, Diana membawa gabungan strategi dan kreativiti untuk memacu perniagaan. Beliau mengetuai operasi dengan mindset masa depan dan memastikan jenama sentiasa berkembang dan relevan. Fokusnya ialah membina kehadiran pasaran yang kuat, memupuk kolaborasi dan membuka peluang baharu.


Justin Prashant Dee

Selepas 24 tahun dalam dunia korporat, Justin menemui penyembuhan melalui Tibetan Singing Bowl dan kini berdedikasi membantu orang ramai mengurus stres, gangguan tidur dan keletihan emosi. Justin menggabungkan teknik tradisi dengan pendekatan sains yang lembut dan kreatif. Sepanjang tahun lalu, beliau membimbing lebih 200 individu dan kumpulan yang mendapat perubahan ketara dalam tidur, tekanan dan keseimbangan emosi.


Arc Holistic Wellness terus komited menjadi pusat healing yang berpaksikan kemanusiaan, sains dan kesejahteraan jangka panjang.


Comments


bottom of page