top of page

Anna Jobling, Ummi Nazeera & Hisyam Hamid Bintangi Drama Psikologi Romantik Pertama Viu Malaysia — Saat Aku Tahu

  • Writer: N
    N
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Platform penstriman terkemuka Asia, Viu Malaysia, terus memperkukuh dominasi dalam dunia drama tempatan dengan pelancaran karya baharu berjudul Saat Aku Tahu (The Moment I Knew) sebuah drama psikologi romantik pertamayang menggabungkan elemen cinta, pengkhianatan dan dendam.

ree

Drama 15 episod ini akan mula ditayangkan pada 6 November 2025, setiap Khamis dan Jumaat, hanya di Viu. Diterbitkan oleh Global Film Station dan diarahkan oleh Riza Baharudin, Saat Aku Tahu menjanjikan kisah penuh emosi, kejutan dan penceritaan sinematik yang memukau.


Mengisahkan tentang Ameena (lakonan Anna Jobling), seorang isteri setia yang hidupnya musnah apabila mengetahui suaminya Zarif (Hisyam Hamid) menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baiknya sendiri, Maira (Ummi Nazeera).


Pengkhianatan itu mengubah Ameena menjadi wanita dingin yang berazam membalas dendam. Namun apabila Maira enggan mengalah, pertarungan emosi mereka bertukar menjadi perang psikologi berbahaya yang mampu menghancurkan sesiapa sahaja di sekeliling mereka.

ree

Anna Jobling sebagai Ameena – isteri dan sahabat sejati yang menyembunyikan kekecewaan di sebalik wajah tenang. Pelakon muda berbakat ini pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Paling Popular dan Artis Baharu Popular di ABPBH 2023, selain merangkul trofi Outstanding Asian Star (Malaysia) di Seoul International Drama Awards 2025.

ree

Ummi Nazeera sebagai Maira – wanita yang didorong oleh cemburu dan impian besar hingga sanggup mengkhianati sesiapa demi cita-citanya. Pelakon versatil ini pernah meraih Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Drama Sangat 2023.

ree

Hisyam Hamid sebagai Zarif – suami berkarisma yang terperangkap antara cinta dan rasa bersalah. Hisyam pernah memenangi Personaliti Lelaki Paling Popular di Pesta Perdana Singapura 2019 dan dicalonkan di ABPBH 2024.


ree

Luqman Hafidz sebagai Harris – pemerhati senyap yang turut terperangkap dalam kekacauan emosi. Antara karya popularnya termasuk Ola Bola, Selafaz Cinta dan Teratak Kasih Salina (2025).


Selepas kejayaan besar drama seperti Lambaian Huda dan Seadanya Kita antara Top 5 tontonan tertinggi di Viu Malaysia tahun ini dengan lebih 730 juta tontonan media sosial (sumber: TikTok Analytics & Hootsuite). Saat Aku Tahu dijangka menjadi drama wajib tonton hujung tahun 2025.


Dengan jalan cerita yang padat, sinematografi yang indah dan lakonan penuh emosi, drama ini bakal menjadi kegemaran peminat genre romantik psikologi dan pencinta kisah wanita kuat yang bangkit daripada pengkhianatan.


Jangan lepaskan peluang menonton Saat Aku Tahu bermula 6 November 2025, setiap Khamis dan Jumaat, hanya di Viu Malaysia. Muat turun aplikasi Viu hari ini dan rasai debaran kisah cinta, dendam dan rahsia yang bakal terbongkar satu demi satu.

Comments


bottom of page