Anna Jobling Bawa Harapan Malaysia, SDA 2025 Jadi Pentas Penentu
- Atiqah Halim
- 3 days ago
- 1 min read

Malaysia’s golden girl, Anna Jobling officially jadi top contender untuk kategori Outstanding Asian Star, Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025. Dengan undian yang terus padu dari peminat, Anna akan berangkat ke Seoul pada 1 Oktober ini, dengan membawa impian dan harapan jutaan rakyat Malaysia yang hendak melihat bintang kita shining on the global stage.
Nama Anna makin kukuh sejak fenomena Melur Untuk Firdaus, tapi kali ini dia tercalon menerusi drama Hai Cinta, Dengarkanlah. Drama itu meletup di platform Tonton, hingga ia trending sampai ke luar Malaysia. Undi demi undi yang masuk merupakan asbab Anna berjaya mendahului carta undian.
“Saya benar-benar terharu dengan sokongan luar biasa. Ini bukan saja pencapaian saya, tapi hadiah buat seluruh rakyat Malaysia.”
Tak cukup dengan undian, Tonton pun beri sokongan habis-habisan. Mereka lancarkan promo ‘Koleksi Pujaan Hati’ untuk dilanggan tiga bulan dengan harga hanya RM20 jika menggunakan kod promo ANNAJOBLING. Jadi, para peminat boleh lah binge semua drama lakonan Anna Jobling sebelum malam kemuncak.
Nama Acara: Seoul International Drama Awards 2025
Tempat: Yeouido KBS Hall, Seoul
Tarikh: 2 Oktober 2025
Acara Karpet Merah: 3.30pm (KST)
Acara Kemuncak Anugerah : 5.00pm - 7.00pm (KST)
Acara ini akan disiarkan di Youtube secara langsung, dan juga akan ditayangkan pada 3 Oktober, 6 petang (KBS) di SBS TV. Confirm ramai yang tunggu nak tengok Anna catwalk atas karpet merah sebaris dengan bintang Asia lain.
Jadi semua, jangan berhenti undi & doa. Kalau Anna menang, itu bukan sekadar kemenangan bagi dia, tapi juga merupakan kemenangan Malaysia di pentas antarabangsa.
Comments