Andai Itu Takdirnya 2: Aleya Tak Lagi Lembik, Aizril Buat Ramai Naik Angin
- Tasnim Ahmad
- Feb 27
- 2 min read
Andai Itu Takdirnya 2 kembali jadi topik panas peminat drama tempatan. Kali ini, bukan sekadar kisah cinta biasa tapi konflik rumah tangga, penyondol dan ego lelaki yang buat ramai penonton “stress tengok tapi tak boleh berhenti”.

Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran 104 (RIA), Astro, musim kedua ini nampaknya lebih ‘drama’ berbanding yang pertama.
Kalau musim lepas ramai kesian dengan Aleya, sekarang lain cerita.
Sejak 10 episod pertama, watak Aizril lakonan Shukri Yahya memang diuji habis-habisan. Masih lagi terperangkap dengan konflik ‘penyondol’ bernama Azreen (lakonan Nadia Brian) dan masalah syarikat yang hampir muflis, Aizril buat keputusan yang buat penonton geleng kepala. Nak berpoligami demi selamatkan bisnes. Yang jadi mangsa? Sudah tentu Aleya.
Watak Aleya yang dibawakan Hannah Delisha kini mengalami kecacatan pada tangan, tapi emosinya lebih kuat dari sebelumnya. Walaupun hatinya hancur bila didesak beri izin untuk Aizril berkahwin dengan Azreen, Aleya kali ini tak lagi hanya menangis dan mengalah.
Dia ‘sound’ balik. Dan penonton? Ramai puas hati.
Antara babak paling jadi bualan sudah tentu insiden Aizril menyimbah muka Aleya dengan sup panas. Semua gara-gara percaya hasutan Azreen kononnya isterinya cuba mencederakan wajah wanita itu. Babak ini betul-betul buat ramai naik angin. Media sosial penuh dengan komen kecam Aizril yang dianggap ‘red flag berjalan’.
Menariknya musim ini, Aleya bukan lagi wanita yang hanya menangis tanpa melawan. Menurut Hannah, perubahan karakter itu memang dirancang bersama pengarah Feroz Kadir. Aleya masih menangis, masih terluka tapi bukan di depan anak-anak.

Malah, Aleya dengan tegas meminta untuk diceraikan dan memberi izin suaminya berkahwin lain. Plot twist? Aizril pula tak mahu lepaskan Aleya, sebaliknya mahu hidup berpoligami. Drama betul.
Persoalannya sekarang, adakah Aizril benar-benar akan berkahwin dengan Azreen? Atau Aleya akhirnya akan pilih kebahagiaan sendiri?
Penonton Malaysia memang suka drama yang buat emosi turun naik. Tapi kali ini, ramai juga yang berharap Aleya pilih diri sendiri dulu. Dan kita? Jangan lupa standby pukul 10 malam.



Comments