Amad Dayyan Debut Dengan “Mendewasa”, Lagu Tentang Realiti Hidup Anak Muda
- Atiqah Halim

- 29 minutes ago
- 1 min read

Penyanyi baharu yang tengah naik, Amad Dayyan akhirnya drop single pertama bertajuk “Mendewasa” dan vibe dia memang straight to the heart. Bertempat di Qeqoz Gifts & Cafe, Traders Square, pelancaran rasmi ini jadi moment penting buat Amad yang tampil dengan muzik lebih matang walaupun baru je mula langkah dalam industri.
Single yang diterbitkan World Peace Music Sdn Bhd ni basically cerita pasal fasa hidup yang semua orang pernah rasa. Dilema nak kekal dalam bubble masa muda sambil terpaksa hadap hakikat yang hidup ni asyik berubah. Lirik nukilan Shazriq Azeman dan Omar K pula mainkan peranan besar bila setiap baris bagi efek macam diingatkan tentang realiti yang kita selalu cuba elak.
Dengan melodi pop balada dan vokal lembut tapi steady, Amad bawakan “Mendewasa” sebagai satu pengakuan jujur. Dia sendiri akui karya ni sangat personal. Katanya ini adalah gambaran ketakutan dan kehilangan yang pernah dia lalui sebelum sampai ke titik menerima yang membesar tu memang berat tapi wajib.
“Mendewasa” bukan sekadar debut single. Lagu ni feel dia macam nota hati seorang anak muda yang tengah belajar berdiri sendiri. Dengan sentuhan muzik Omar K, gitar Denny Mojo, serta mixing dan mastering yang kemas oleh Omar K dan John Jeeves, karya pertama Amad Dayyan ni memang nampak all out.









Comments