top of page

Alphanite Desak Hael Husaini & Alpha Rakam Versi Studio Lagu Bujang dan Lara

  • kaypohmedia
  • Aug 13
  • 1 min read

Sejak kemunculan kumpulan ALPHA di konsert Hael Husaini & Repertoire baru-baru ini, peminat semakin galak menyuarakan hasrat agar kedua-dua lagu Lara dan Bujang dirakam dalam versi studio.


Pada malam konsert tersebut, ALPHA mempersembahkan lagu Lara dengan penuh emosi, diikuti duet istimewa bersama Hael Husaini menerusi lagu Bujang. Persembahan itu nyata mencetuskan fenomena, apabila ruangan komen media sosial Hael dibanjiri permintaan agar kedua-dua lagu tersebut diterbitkan secara rasmi.


ree

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk dari pengguna nanad.sharib yang menulis:

“Nak request official LARA versi Alpha can ah abangggg ????”Hael membalas ringkas dengan emoji 🤔🤲, seolah memberi bayangan bahawa cadangan itu sedang dipertimbangkan.

Pengguna sikenit_thexplorer pula meninggalkan komen penuh semangat:

“Suka suka suka! Dik... Lara OT7 audio plsssssssss 😂 u my fav adikkk 😂”Hael membalas dengan “eheyy”, yang membuatkan ramai teruja dengan kemungkinan ko itu menjadi kenyataan.
ree

Namun komen paling spesifik datang daripada nurul_if yang menulis:

“Bang Hael, nak dorang nyanyi lagu Lara and bujang balik pls #RerecordingBujangLaraALPHA #ALPHAStudioBujangLara #PleaseAbangHaelHandsome #Haelok Pls Bang Hael”

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada pihak Hael Husaini, semangat peminat yang membanjiri ruangan komen jelas menunjukkan permintaan untuk versi studio Lara dan Bujang semakin membuak.


Adakah ini petanda bahawa kita bakal mendengar rakaman rasmi kedua-dua lagu tersebut dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.

Comments


bottom of page