ALPHA Umum Poster Teaser Lagu Baharu “Gelato”
- N

- 2 hours ago
- 1 min read
ALPHA memuat naik teaser bagi title track terbaru mereka berjudul “Gelato” menerusi akaun Instagram rasmi mereka, @alphaofficialmy.
Menerusi perkongsian tersebut, lagu “Gelato” akan dilancarkan pada 15 Jun 2026 jam 12 tengah malam di semua platform digital.

Lagu itu merupakan sebahagian daripada projek ALPHA: The First Album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Dalam masa sama, peminat juga sudah boleh membuat pre-save dan pre-add untuk lagu tersebut menerusi pautan yang dikongsikan oleh ALPHA.
Perkongsian teaser itu turut disertakan dengan beberapa tanda pagar termasuk #ALPHAGelato, #ALPHATheFirstAlbum dan #ALPHA15June2026.



Comments