ALPHA Sahkan Tarikh Pelancaran Album Debut, ALPHAnites tak sabar menanti 15 Jun 2026
- N

- 2 days ago
- 1 min read
Seperti yang dijanjikan, ALPHA akhirnya membuat pengumuman rasmi yang dinanti-nantikan peminat!
Menerusi perkongsian di akaun media sosial rasmi @alphaofficialmy, kumpulan ini mengesahkan bahawa album debut pertama mereka bakal dilancarkan pada 15 Jun 2026. Pengumuman tersebut hadir dengan mesej ringkas tetapi penuh hype:

“Stay tuned ALPHA debut album on 15 June 2026 coming soon..”
Walaupun butiran lanjut seperti konsep album dan senarai lagu masih dirahsiakan, tarikh rasmi ini sudah cukup untuk mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang setia menantikan kemunculan penuh mereka.
Kini, semua ALPHAnites tertumpu ke arah 15 Jun 2026, tarikh yang dijangka menjadi titik permulaan besar buat perjalanan muzik ALPHA dalam industri.
Stay tuned! 🔥🎶



Comments