top of page

Alpha Live Di Seoul Malam Ni, Alphanites Jangan Terlepas!

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 18 hours ago
  • 1 min read
ree

Alphanites, ni berita panas untuk korang yang tengah berada di Korea sekarang! Boyband Malaysia, Alpha, akan buat persembahan live khas malam ni di Hongdae, lebih tepat depan KT&G Sangsangmadang, jam 7.30 malam waktu Malaysia. Astro Gempak dah sound out di Instagram, jadi jangan lepaskan peluang ni kalau korang berada di Seoul sekarang.


ree

Bagi yang belum kenal, Alpha adalah boyband tempatan yang tengah naik dan mempunyai ramai peminat setia, atau lebih dikenali sebagai Alphanites. Group ni terkenal dengan lagu-lagu catchy seperti Mona Lisa, P Ramlee Saloma, dan beberapa single lain yang selalu trending di TikTok dan radio tempatan. Persembahan mereka memang high-energy dengan tarian yang kemas dan suara yang steady, jadi tak hairan kalau setiap kali muncul, crowds terus hype.


Untuk yang tak sempat datang atau berada di Malaysia, jangan risau. Korang boleh saksikan live mereka di TikTok jam 7.30 malam ni waktu Malaysia. Lepas ni, persembahan eksklusif ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapter pun akan keluar di Astro Ria, jadi stay tuned!



Comments


bottom of page